Wednesday, July 1, 2009

Kasihanilah mereka....

Kasihanilah siapa? Peminta2 sedekah yang semakin hari semakin banyak di jejantas2 dan di pasar2 malam? Atau pesakit2 yang menghitung hari untuk keluar dari hospital dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang di rumah saja? Bukan, bukan mereka.
Kasihanilah anak2 remaja kita yang semakin hari semakin lemas dibawa arus sosial negatif. Saya selalu terkenang2 gambar hadapan suratkhabar Harian Metro yang pernah memaparkan gambar pelajar2 sekolah menengah yang lengkap berpakaian sekolah sedang menghidu gam di kawasan2 semak! Sedih saya melihatnya hingga menitiskan air mata penyesalan kerana saya tidak mampu membantu. Siapakah mereka? Dimanakan ibubapa mereka? Tidakkah mereka dapat menghidu aktiviti kurang sihat anak2 mereka? Dimana para guru pula? Apakah peranan mereka didalam menangani permasalahan ini? Saya pasti guru2 tahu sekiranya perjalanan anak2 murid mereka sudah mula 'melencong' ke arah negatif.
Remaja bermasalah bermula dari rumah mereka lagi. Punca yang paling ketara ialah 1) ibubapa/anak2 meninggalkan solat. Hidup tanpa solat membawa kepada hidup tanpa keberkatan dan rahmat Allah swt. 2) Ibubapa kurang memberi perhatian kepada anak2 mereka kerana terlalu sibuk dengan hal mereka masing2. Mencari rezeki sampai kemalam, "untuk anak2" kata mereka. Pada ibubapa, mereka beranggapan tanggungjawab mereka selesai dengan menyediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran pada anak2 mereka (noktah). Kasih sayang yang sepatutnya mereka curahkan telah digantikan dengan material dan wang ringgit.
Kasihanilah anak2 kita. Mereka adalah 'masadepan' kita. Masadepan bangsa kita hancur jika ibubapa hari ini gagal dalam mendidik anak2 yang berjaya dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment