Saturday, June 27, 2009

Belajar Tajwid di Rawang

Musyaf yang saya gunakan kini. Very good, recommended to all muslims...

Iye, dah lebih kurang 7 bulan saya dan sahabat belajar tajwid. Susah tak? Oh ye, memang susah! Walaupun susah tapi bagi diri saya ada rasa kepuasan hati. Dulu tak tau langsung makhraj, sifat huruf, tajwid etc tapi sekarang ni walaupun masih terkial2 tapi sekurang2nya kami dah tahu juga hukumnya, alhamdulillah. Syukur saya pada Allah swt sebab dibukakan pintu hati kami untuk belajar. Kata Ustaz Ahmad yang mengajar kami, belajarlah Al Quran berterusan hingga ke akhir hayat dan katam dengan bacaan yang baik & betul itu lebih afdal dari berlumba2 untuk katam beberapa kali tapi dengan bacaan yang salah. Itu budaya orang melayu dulu, tapi sekarang budaya ni perlahan2 dikikis.

Alhamdulillah setakat ni, saya dapat mengingati dan memahami pelajaran saya dengan memuaskan sekali. Nasihat saya, jaga apa yang anda makan dan bersihkanlah hati beserta niat kita, insyaAllah.

Pernah saya diberitahu tentang dakyah Yahudi menghancurkan Boldumat Islam dengan 3 cara:-
1. Melalui Hiburan
2. Melalui Pakaian (fesyen)
3. Melalui Makanan

So, tolong jangan ambil ringan 3 perkara diatas. Sesungguhnya ini dakyah Yahudi dari dulu lagi secara halus untuk menenggelamkan umat Islam dan saya kira ini telah terbukti benar pada hari ini. Fikir2kan lah.....

No comments:

Post a Comment