Sunday, July 26, 2009

MARAH!!

Yang pastinya setiap manusia mempunyai sifat marah. Yang membezakannya pula adalah tahap pemarah seseorang itu. Sifat marah itu datangnya dari syaitan.

Teringat satu kisah yg pernah saya baca mengenai Qais bin Asim, seorang tua dari Bani Tamim~~

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim. Kisahnya pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hamba Qais membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan dan santun serta ia memaafkan hambanya" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah ~~

Lagi menarik ialah apa yang pernah saya dengar dari Dato' Dr Fadilah Kamsah yang menyarankan kita berpuasa sebagai SALAH SATU CARA bagi mengurangkan sifat pemarah yang ada pada diri kita. Kata beliau, syaitan masuk kedalam urat2 kita. (Logiknya urat berada disetiap anggota tubuh badan kita. Ini bermakna syaitan juga dapat menyelinap ke seluruh tubuh badan melalui urat kita!!) Jika kita berpuasa pula, urat darah kita akan mengecil secara saintifiknya, dan membuatkan ‘laluan’ syaitan in sempit. Maka kuranglah syaitan yang menyelinap masuk kedalam urat kita.
Walau apapun, cuba anda amati muka anda dicermin ketika senyum dan ketika marah. Begitu huduh sekali kita ketika marahkan? Oleh itu, jangan marah2 ye dan senyumlah selalu untuk awet muda.. hehehe.

Hadis riwayat Imam Ahmad“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

2 comments:

  1. Macammane la nak jadi penyabor ek....den ni kureng penyabor sikit...kak jung, ganas giler tu gambo topik kat atas...tatut nak nengok...hehe

    ReplyDelete
  2. Balik2 hang jek yang komen. Tapi takpe kak jung jawab gak...

    Sabor ni memang makan masa, bertahun2 sebab tu orang yang penyabor ni banyak dah tua2...hehehe

    Sabor je lah.

    p/s korang nak sangat gambo kan? Hah, ni baru permulaan jek.. jeng, jeng, jeng...

    ReplyDelete