Friday, September 17, 2010

Tawadhuk


MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN kerana merasa diri lebih baik, ilmu lebih tinggi, harta lebih banyak seperti Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang angkuh dan tak mahu menerima kebenaran.

Bersikap sombong bukan saja tak mahu berkawan dengan orang yang tak setaraf malah malu kalau dilihat berkawan dengan mereka.

Hidup ni tak mati ke? Huh…satu2 perkara yang kita boleh GERENTI dalam hidup ni ialah MATI!! Entah esok, entah lusa, entah2 kejap lagi. Malaikat maut datang menjenguk kita 70 kali sehari atau lebih kurang tiap2 21 minit.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Allah Azzawajalla berfirman, “Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyeksanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah. Oleh itu, Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun daripada kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat itu melainkan Dia.

Kita takde kuasa. Kita tak sekuat mana yang kita rasa, tak sepandai mana yang kita sangka, tak sebagus mana yang kita bangga…kita ni LEMAH….tapi kita beruntung sebab Allah kaseh dan sayangkan kita .... tu saja.

Oleh itu, jangan pandang rendah pada orang lain. Dia mungkin tak kaya, mungkin tak pandai, mungkin tak gagah TAPI dia lebih bertaqwa dan dia lebih dipandang mulia di sisi Allah. Mungkin hati dia lebih tenang dari kita, dada dia lebih lapang dari kita sebab hati dia lebih suci dan bersih. Dia lebih beruntung.

Semakin kita merendah diri, semakin Allah tinggikan darjat kita dan muliakan kita. Sentiasalah merendah diri, tawaduk dan bersikap sederhana. Jangan sekali bersikap buruk dan keji kerana ia sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah.


Dalam surah Luqman, ayat 18 Allah melarang kita bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Monday, March 15, 2010

Syukur..

Ingat lagi pesan Mak Nyah, cari lah kenapa kita diciptakan Allah. Untuk apa kita hidup di dunia yang penuh dengan tipu daya ni?

Sejak dari tu saya cari dan terus mencari. Sebak dada bila teringatkanNya. Sedih kerana dosa2 saya padaNya. Allah kurniakan saya dengan kehidupan yang walaupun sederhana tapi jauh lebih baik dari ramai lagi insan2 yang hidup serba kekurangan. Namun adakah saya bersyukur?




Ya Allah, sesungguhnya kami redho Engkau menjadi Tuhan kami, Islam menjadi agama kami dan nabi Muhammad menjadi Rasul kami. Jadikanlah kami orang yang bersyukur diatas segala kurniaMu.

Tuesday, March 2, 2010

Sakaratul Maut

Last week anak kepada kawan sepejabat saya kena chicken pox. Berceritalah kami tentang pengalaman masing2 hingga melalut-lalut kepada cerita tentang ayah masing2 yang telah pulang ke rahmahtullah.

Kata kawan saya, disaat-saat arwah ayahnya hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, arwah menggenggam tangan kawan saya yang ketika itu berada disisi arwah. Genggamannya begitu kuat sekali sehinggakan terasa kuku2 arwah mencengkam tangan kawan saya. Kerana tak tertahan, kawan saya merintih kesakitan. Walhal kawan saya ni besar orangnya namun dia masih tak boleh menahan sakit dari genggaman arwah. Cuba dilepaskan tapi tak terdaya sehinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir . Innalilahi wainnailaihi rajiun.

"Sakitnya kak tangan saya, tak tahan." kata kawan saya. "Agaknya waktu tu sakaratul maut tengah tarik keluar roh arwah. Arwah tu orang yang alim kak, tak pernah tinggal solat tapi nampak macam arwah tengah menahan sakit yang amat ketika tu sampai dia genggam kuat tangan saya " sambungnya lagi dengan penuh perasaan.

Terdiam saya mendengarnya kerana takut. Itu orang yang alim. Saya yang banyak dosa ni macam mana? Nauzubillah, takut nak fikirkan. Bertaubat dan banyak2lah berdoa padaNya.

Tuesday, February 16, 2010

Tawakkal pada Allah


Dulu pernah sorang ex-officemate saya bercerita pada saya, katanya dia ada sorang kawan yang pergi ke India semata-mata untuk belajar bertawakkal pada Allah. Saya tanya kenapa pulak nak pergi sampai ke India? Kat Malaysia tak boleh ker?

Kata kawan saya, almost everything yang awak buat kat India awak kena tawakal. Contohnya, kalau awak nak naik bas atau train, walaupun tiket dah ada dlm tangan tapi belum tentu lagi awak boleh dapat naik bas atau train. So lepas beli tiket tu tawakkal saja lah pada Allah agar dapat tempat walaupun atas bumbung bas. Hatta kalau nak nak minum air sekalipun mesti tawakkal dulu sbb air mereka tak bersih.

Berbeza dgn di Malaysia, dah beli tiket means confirm ada tempat duduk, minum air 'bismillah' pun belum tentu lagi dibaca sbb yakin air bersih. Patutlah kawannya tu tak pilih untuk belajar di Malaysia sbb mcm mana nak belajar bertawakkal kalau bersyukurpun belum tentu lagi.... wuallahua'lam.

Tuesday, February 9, 2010

Syukur ku pada Mu


Saya merasa cukup apabila saya bersyukur;
Saya merasa lapang apabila saya redha;
Saya merasa tenang apabila saya sabar;
Saya merasa selamat apabila saya tawakal padaNya
Saya merasa amat amat bersalah lalu saya memohon taubat padaNya


Maha Besar Allah, Maha Suci Allah yang maha menerima taubat hamba2Nya.

Ampunkan dosa2ku Ya Rabb ku yang maha Pengampun.
Amin.

Friday, January 22, 2010

Wuduk

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


Dari Umar radialIahu'anhu berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: Barang siapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya". (HR. Muslim)

Wednesday, December 30, 2009

Ohh mukaku....apa dah jadi????


Masalah dengan diri saya ni terlalu 'tamak' nak kulit muka licin. Pantang ada produk yang kononnya elok, pasti saya nak cuba. Latest saya gunakan TAWAS berupa toner. Sebenarnya dah lama saya perhatikan Zue gunakan tawas ni tapi tak pernah nak tanya until one day saya cakap nak cuba. Caranya, tuangkan toner sikit pada kapas dan gosokkan pada mana2 bahagian yang nak dibersihkan. Ya, memang bagus tawas ni, hilang kotor2 kat muka, leher, tengkok...kat mana2lah cerok yang digosok sure kapas putih tu bertukar 'coklat' bergantung pada tahap kebersihan diri masing2lah..hehehe.

So dengan perasaan 'tamak' saya pun belilah 2 botol tawas, satu untuk letak kat umah, satu kat ofis. Setelah gunakan tawas ni untuk hampir seminggu, saya perhatikan muka saya jadi kemerah2an. Wah seronoknya! Nanti muka ku jadi putih berseri2, cantik!! Tapi hampeh! Satu pagi saya cuci muka saya rasa kulit muka saya di bhg pipi dan dagu terasa kasar. Mak, apa dah jadi ni? Kulit muka ku.....dah bertukar kasar dan menggerutu!!! Kulit muka saya jadi terlalu kering akibat penggunaan tawas yang berlebihan. Tawas ni panas rupanya. Itu yang Zura beritahu saya sewaktu mengeteh (minum teh) bersama semalam. Zura kata tawas ni elok untuk orang yang kulit muka licin jer, untuk yang kulit muka bermasalah (berjerawat) macam kita ni tak elok guna tawas....sob sob sob. Baru berangan nak muka putih kemerah2an dah jadi lain lak!
Dah 3 hari saya berhenti gunakan tawas ni. Mudah2an kulit muka saya cepat kembali normal. Saya ingatkan diri saya supaya bersyukur dengan kurniaan Allah swt. Syukur sebab Allah kurniakan muka saya alhamdulillah sempurna, mata tak juling (maaf), mulut tak senget, hidung tak penyek walaupun tak mancung, cuma ada sikit2 bekas jerawat waktu kuat berangan dulu!