Wednesday, December 30, 2009

Ohh mukaku....apa dah jadi????


Masalah dengan diri saya ni terlalu 'tamak' nak kulit muka licin. Pantang ada produk yang kononnya elok, pasti saya nak cuba. Latest saya gunakan TAWAS berupa toner. Sebenarnya dah lama saya perhatikan Zue gunakan tawas ni tapi tak pernah nak tanya until one day saya cakap nak cuba. Caranya, tuangkan toner sikit pada kapas dan gosokkan pada mana2 bahagian yang nak dibersihkan. Ya, memang bagus tawas ni, hilang kotor2 kat muka, leher, tengkok...kat mana2lah cerok yang digosok sure kapas putih tu bertukar 'coklat' bergantung pada tahap kebersihan diri masing2lah..hehehe.

So dengan perasaan 'tamak' saya pun belilah 2 botol tawas, satu untuk letak kat umah, satu kat ofis. Setelah gunakan tawas ni untuk hampir seminggu, saya perhatikan muka saya jadi kemerah2an. Wah seronoknya! Nanti muka ku jadi putih berseri2, cantik!! Tapi hampeh! Satu pagi saya cuci muka saya rasa kulit muka saya di bhg pipi dan dagu terasa kasar. Mak, apa dah jadi ni? Kulit muka ku.....dah bertukar kasar dan menggerutu!!! Kulit muka saya jadi terlalu kering akibat penggunaan tawas yang berlebihan. Tawas ni panas rupanya. Itu yang Zura beritahu saya sewaktu mengeteh (minum teh) bersama semalam. Zura kata tawas ni elok untuk orang yang kulit muka licin jer, untuk yang kulit muka bermasalah (berjerawat) macam kita ni tak elok guna tawas....sob sob sob. Baru berangan nak muka putih kemerah2an dah jadi lain lak!
Dah 3 hari saya berhenti gunakan tawas ni. Mudah2an kulit muka saya cepat kembali normal. Saya ingatkan diri saya supaya bersyukur dengan kurniaan Allah swt. Syukur sebab Allah kurniakan muka saya alhamdulillah sempurna, mata tak juling (maaf), mulut tak senget, hidung tak penyek walaupun tak mancung, cuma ada sikit2 bekas jerawat waktu kuat berangan dulu!

Thursday, December 24, 2009

Botak dah pokok kari kami...

Entri kali ni saya nak share gambar spesis ulat beluncas yang selalu bertandang kat pokok kari kami. Walaupun pokok kari yang kami tanam dalam pasu ni kecik jer tapi ia tetap menjadi idaman ulat beluncas dari spesis yang satu ni untuk menjalani proses metamorfosis.


Eeeeeee....goli den....
Gemuk sungguh ulat nih. Maklumlah, cukup makan. Habis botak pokok kari kami.Tapi takpelah, itu rezeki dia. Rezeki yang Allah bagi pada kita sebenarnya sentiasa cukup so jangan jadi kedekut eh!T tapi kita rasa cukup atau tidak dengan apa yang Allah beri pada kita? Kita patut rasa syukur dan rasa cukup dengan apa yang ada. Sentiasa lihat kebawah, bukan keatas. Bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita bukan yang lebih senang. Rasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah adalah satu nikmat dan tanda rezeki yang berkat. Fikir2kan lah.

Sunday, December 20, 2009

Ada hikmahnya

After a week of MC due to conjunctivitis, I'm back to work today!! Wakakaka....itu lah pengalaman sakit mata yang paling teruk pernah saya alami. Mata merah serta bengkak membuatkan mata saya nampak sepet. The doctor warned.. no computer, no TV, no direct sunlite...no, no, no... and i obeyed but still the healing process was terribly slow!

Benar sekali setiap sesuatu yang Allah beri pada kita ada hikmahnya. Rupa2nya family saya datang bertandang ke rumah saya pada hari Rabu lepas. Penuh sesak rumah kami.

Let's headcount : Adults - 9; Teens - 4; Kiddos - 7. Exactly 20 person to be accommodated in our medium-size house. This is the best definition of "FULL HOUSE"!! Though we lacked of blankets and pillows and mattresses and TV channels, everything somehow, turned out to be just fine.

And at the crack of dawn, I would look for a small space in a quiet corner to perform my solah. The feeling was great as amidst all, I was still able to say my thanks to Allah.

Yes, thanks to You, Allah, for the sore eyes which permitted me to be at home with my families.

Family saya pulang ke Kota Tinggi semalam. Rumah kami kembali sepi!

Monday, December 14, 2009

Di sebalik tabir....

Alhamdulillah, walaupun hanya kami adik-beradik yang bertungkus lumus membuat persediaan perkahwinan untuk niece kami, Reni, namun semua kerja2 dapat diselesaikan seperti yang dijadualkan. Cuma baju bersanding jer yang tak siap jahitan manik... hanya sikit saja lagi tapi Reni refused to wear it. Sayang sungguh sebab baju tu cantik sangat. So baju akad nikah digunapakai untuk bersanding.

Memakai inai.

Hasif, Haikal membantu saya dan Uncle Jal nye memasang wall-to-wall carpet

Goodie bags untuk tetamu

Abai, Atan, As, Ampojie and Asip...menyiapkan backdrop untuk akad nikah

Frankly, saya rasa seronok walaupun penat sebab dah lama tak buat kerja kahwin ni. Kalau diimbas semula memang kelakar. Waktu tulah ada yang sakit mata, yang pening kepala, yang marah2, yang nak bergaduh, yang merajuk sampai nak balik umah... macam2lah tapi kami tau, macam mana pun kami adik beradik lepas tu sure baik semula!!

Walaupun ada kelamkabut, hiccup sana sini tapi THUMBS UP to Mak Raja! Gubahan2 Mak Raja first class gitu! Sebahagian dari hantaran dari pengantin perempuan

Sebahagian dari hantaran dari pengantin lelaki.

Di renjis-renjis di pilis...

Direnjis renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Kami sekeluarga dengan hati penuh ikhlas mendoakan agar perkahwinan Pengantin Baru Reni dan Naz diberkati Allah dan akan berkekalanlah hendaknya dunia dan akhirat. Mudah2an teguh menempuh ujian dan dugaanNya.

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.”[3].

Tuesday, December 8, 2009

foLLoWerS

BOB

Hua hua hua... gambo2 my followers dah hilang!! Puas dah saya cari kat mana silapnya tapi tak dapat gak nak rectify. Bencik, bencik tau! Macam mana nak buat ek?

My fren kata mungkin blog saya ni berat sgt sebab banyak blink blink. So dengan berat hati saya delete lah beberapa blinkies tapi my followers tetap gak tak keluar.... boring, boring!

Blog ni merajuk agaknya sebab lama sangat tak update. Hmmm, what to do, lately ni banyak perkara2 lain yang perlu diberikan lebih perhatian. Salah satu perkaranya ialah kuching kami, BOB. Dah seminggu BOB sakit perut. Kesian BOB. Tapi silap BOB gak sebab BOB terlalu banyak makan! BOB makan, tido, jalan2, makan, tido, jalan2. Perut BOB dah dok sapu jalan sebab gemuk sangat. Elok gak BOB sakit perut, nampak kurus sikit. Bila BOB sakit perut, BOB kena tido luar. Tapi hari ni nampak mcm BOB dah okay, so malam ni BOB dibenarkan tido dalam umah eh! Kesian BOB.
Ni lah tido gaya kuching SENANG!!

Makruhnya makan dalam kuantiti terlalu banyak atau sedikit; Dari Miqdam bin Ma’di Karib beliau menegaskan bahwasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidaklah seorang manusia memenuhi satu wadah yang lebih berbahaya dibandingkan perutnya sendiri. Sebenarnya seorang manusia itu cukup dengan beberapa suap makanan yang bisa menegakkan tulang punggungnya. Namun jika tidak ada pilihan lain, maka hendaknya sepertiga perut itu untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minuman dan sepertiga terakhir untuk nafas.” (HR. Ibnu Majah no. 3349 dan dinilai shahih oleh al-Albani dalam shahih sunan Ibnu Majah no. 2720).

Wednesday, December 2, 2009

Solat Awal Waktu

Solat awal waktu selalu menjadi tanda tanya bagi diri saya yg jahil ini. Saya yakin setiap sesuatu yang dituntut oleh Islam pasti adalah untuk kebaikan umatnya. Hari ni saya menjumpai sesuatu yang dah lama saya cari2. Subhahanallah.
Jom baca rahsia SOLAT AWAL WAKTU di sini.

Sunday, November 22, 2009

Hakikat Kesabaran

Pada suatu ketika, Nabi s.a.w. sedang berjalan. Beliau melintas dihadapan rumah seorang wanita. Setelah dekat, tahulah Nabi bahawa wanita itu ternyata seorang ibu yang sedang menangis meratapi atas kematian anaknya. Si ibu menangis meraung-raung sehingg suara tangisan terdengar di mana-mana.

Maka ketika berdepan dengan si ibu, Nabi s.a.w. kemudian bersabda, "Bersabarlah wahai ibu!"

Mendengar suara yang ditujukan kepadanya, ibu itu secara langsung memandang kepada Nabi dengan tidak sedar berkata, "Engkau tentu sahaja boleh berkata demikian kepadaku sebab yang mati bukanlah anakmu!"

Mendengar jawaban ibu tersebut, Nabi tidak marah, baginda kemudian melanjutkan perjalanannya.

Rupa2nya ada seseorang hamba Allah yang mengamati perbualan ibu tersebut dengan Nabi, lalu datang menghampiri si ibu. Dia bertanya, "Apakah yang dikatakan orang itu kepadamu?"
"Dia seenaknya menyuruhku bersabar!" jawab si ibu.
"Lalu apa yang engkau katakan padanya?"
"Aku katakan bahawa dia boleh berkata demikian kerana yang mati bukan anaknya!"
"Mengapa engkau berkata begitu kepada Nabi?"
"Astaghfirullah...aku telah khilaf....," kata si ibu itu tersentak.

Ibu itu seketika menjadi menyesal memberikan jawapan yang tidak layak. Setelah tenang kembali, dia pun segera mencari dan menghadap Nabi. Kepada Nabi dia berkata,"Maafkan saya wahai Rasulullah kerana saya telah berlaku tidak sopan kepadamu. Tetapi sesungguhnya pada waktu itu saya benar2 dalam keadaan terpukul kerana kematian anak. Kini saya telah menjadi tenang dan saya akan bersabar."

Nabi pun kemudian bersabda, "ItalicKetahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama." (yang bermaksud seseorang itu dituntut untuk bersabar justeru pada saat dia pertama kali mendapat musibah).

Begitulah hakikat kesabaran yang diajar oleh junjungan kita Nabi s.a.w.
Dipetik dari buku : Air Mata Suci Nabi

Tuesday, November 17, 2009

Sedih, hairan, geram, marah dan malu

Terpampang di muka depan Harian Metro bertarikh 15 November 2009 berita sumbang mahram antara 2 orang adik-beradik yang menyebabkan si kakak mengandung!
Perasaan saya bercampur baur bila membaca headline ni. Terkejut? Tidak lagi sebab kes sumbang mahram memang bukan perkara baru di Malaysia. Tapi saya rasa sedih sebab mereka ni adik-beradik. Hairan sebab masakan ahli keluarga yang lain tak tau tentang kegiatan mereka? Geram sebab perkara macam ni boleh berlaku? Marah, entah pada siapa saya pun tak tau? Dimana silap kita?
Tangan saya terhenti dari mencapai akhbar tersebut. Malu saya nak bawa balik untuk dibaca oleh anak2 saya. So saya tak tau apa cerita selanjutnya.
Ya Allah ya tuhan kami, kau jadikanlah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehan...Amin.

Takde rezeki

Buah durian belanda.... anak2 saya pelik tengok rupa buah ni.

Rumah lama kami di Kota Tinggi dulu ada pokok durian belanda. Memang kami tak heranpun nak makan sampaikan buah2 ni jatuh ke tanah lalu busuk begitu saja.

Last week saya ke pasar tani di Selayang sebab terasa nak makan buah durian belanda. Bukan mengidam! Bila ditanya harganya, mak datuk bukan main mahal lagi mengalahkan buah durian. Harga sekilo RM9.00. Kerana nak makan jugak, saya belilah sebiji yang sederhana besar seberat 1.1kilo. Masih muda so kenalah peram dulu.

Nak dijadikan cerita, saya lupa dan setelah 5 hari baru teringat nak check buah yang diperam tu. Memang bukan rezeki saya, buah durian belanda tu dah terlalu lembik dan dah mula rosak.

Arghhh... takde rezeki saya! Frust lah!
Align Center

Friday, November 13, 2009

Akan tiba jua saat dan ketikanya...

Kematian... bila datang tak dapat ditangguhkan atau dimajukan walau sedetikpun. Firman Allah swt. yg bermaksud: Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya (Al Imran ayat 145).

Tak ada siapapun yang tahu bila dan dimana dia akan mati.

Tersebut kisah seorang menteri di zaman Nabi Sulaiman. Suatu hari disebuah majlis, masuk seorang laki2 memberi salam dan membisikkan sesuatu ketelinga Nabi Sulaiman. Lelaki ini memandang tajam kepada si menteri sehingga ia menjadi ketakutan. Ketika lelaki itu keluar dari majlis tersebut, si menteri bertanya kepada Nabi Sulaiman, "Wahai Nabi Allah, siapakan lelaki yang baru keluar tadi? Sungguh pandangan matanya membuatku takut!".

Nabi Sulaiman menjawab, "Ia adalah malaikat maut yang menjelma manusia. Ia mendatangiku." Seketika itu gementarlah si menteri dan menangis. Kepada Nabi Sulaiman dia berkata, "Wahai Nabi Allah, demi Allah aku memohon kepada mu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat yang paling jauh, ke India."

Nabi Sulaiman memenuhinya. Si menteri pun terbang ditiup angin. Keesokan harinya malaikat maut datang kembali ke hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman berkata,"Kelmarin kau telah membuat sahabatku gementar. Mengapa kau memandangnya begitu tajam?"

Malaikat itu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di pagi hari. Aku terkejut mengetahui orang itu masih bersamamu di sini, padahal Allah telah memerintahkanku mencabut nyawanya selepas Zuhur di India."
"Lalu apa yangt kau lakukan?" tanya Nabi Sulaiman.
"Aku pergi ke tempat yang Allah perintahkan kepadaku untuk mencabut nyawanya di sana. Ternyata kudapati dia telah menungguku, lalu aku cabut nyawanya," jawab malaikat itu.

Katakanlah, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-Jumu'ah ayat 8)

Buku : Kedahsyatan Malam Pertama di Alam Kubur - Dr. Muhammad bin Abdurahman Al-Uraifi

Wednesday, November 11, 2009

A Famosa

Ucu... Single and available.
zzzzz......... aimin so cute!
Cara posing remaja masakini!
Iklan Rexona.
Tension dan suspen takut tenggelam.

Alahai sayang cucu nenek!

Saper ni??

Muka macam budak nakal tapi sebenarnya budak 2 orang ni sopan dan pemalu! Huh! sopan ker?

Yang ni tak putus2 asa nak belajar berenang. Syabas!

Tuesday, November 3, 2009

Anak2 remaja kita

...one happy family..

Kalau hubungan kekeluargaan kita ok, keluarga kita bahagia, alhamdulillah. Kalau anak2 ok, spouse kita pun ok so panjatkan kesyukuran kita pada yang maha Esa. Sebab bukan semua orang dapat merasai kebahagian berkeluarga.

Jangan pulak kita ada rasa riak sebab keluarga kita ni kononnya bagus! Jangan rasa bangga sebab kita dapat bentuk keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Jangan! Allah sentiasa menduga hambaNya.

Gambar hiasan.... remaja bermasalah

Remaja bermasalah. Kalau kita selidik family background anak2 bermasalah ni mungkin baru kita faham kenapa mereka jadi macam tu. Pupuklah rasa belas kasihan kita pada mereka. Jauh dilubuk hati mereka sebenarnya mereka juga nak merasa bahagia, nak rasa kasih sayang. Beri mereka ruang dan peluang.

Gambar hiasan... mat rempit

Jangan tengok budak nakal dan bermasalah terus nak condemn! Memanglah ‘berbuku’ hati ni kalau tengok mat2 rempit, contohnya. Menyusahkan jer. But still kita tak boleh terus condemn diaorang. Allah menguji kesabaran kita melalui dia. Sebenarnya masalah remaja adalah masalah kita juga.

Masalah remaja sekarang dah makin kritikal. Apa yang kita dah buat so far untuk tolong mereka? You can say it's none of your business but wait till your own child becomes one and you might not think the same way again.

Ya Allah, how I wish I could help them.. listen to them.... care for them. Lead me please..Amin

Sunday, November 1, 2009

Al kisah Edika & auntie nye

Salam tangan bakal mak mertua..jadi menantu yang baik ye!

Masih ingat lagi satu peristiwa lucu kat umah my sister di Shah Alam. Waktu tu Edika (cucu kami) pun ada tapi papa and mama dia keluar dgn my sister. So tinggallah my family and I dan juga the bride-to-be, cik Reni (Edika’s aunt) …
Edika dgn Mama dan Papanya...

Maghrib hampir tiba so it was time untuk mandikan Edika sebab malam tu diaorang nak balik ke Kuching. Fuhhh, bukan main suka lagi dia main air, memang hantu air! Selesai Edika mandi Reni pun (dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap anak sedaranya) tolonglah nak siapkan Edika pakai baju. Yelah, come December 12th, Reni bakal jadi isteri dan lepas tu nanti kalau ada rezeki, bakal jadi ibu lak so kenalah praktiskan? So kitaorang pun biarkanlah aunty dia tu menguruskan Edika kerana kami YAKIN Reni BOLEH!!!
Gambar gelap...hehe.. kumpulan reni menang jigsaw puzzle contest held during raya puasa recently.

Tunggu punya tunggu sambil tengok tv saya pun mulalah hairan kenapa lama sangat Edika nak pakai baju ni? Elok jer terlintas pertanyaan tu kat kepala saya, tetiba Edika pun berlari keluar dari bilik dengan bersarungkan pampers jer! Lah! Tak siap lagi rupanya?? Punyalah lama baru pakai pampers jer??

So saya pun usung Edika kebilik Reni. “Kenapa lama sangat?” saya tanya Reni.
“Susahlah nak pakaikan pampers” kata Reni. “Cuba Kak Julie tengokkan..”Belek punya belek saya pun naik blur jugak maklumlah dah lama tak buat kerja2 ni. Sampaikan pelekat pampers tu tak boleh guna sebab saya dok bukak, tampal, bukak, tampal. At last barulah saya perasan… hmmm, patutlah susah, Cik Reni kita pakaikan pampers terbalik!! You have failed your first test Cik Rang Raini!! Tapi takpe, itu baru selingan jer, yang penting ada initiative nak cuba. You go girl!!

Tuesday, October 27, 2009

Syukur sebab tiap waktu kita dapat tunaikan solat dengan selesa samada dirumah, dimasjid2 atau surau2 yang boleh didapati dengan mudah. Kebanyakan masjid dan surau sekarangpun dah dilengkapi dengan air-cond. Paling tidakpun, kipas mesti ada. Cuaca panas sgt sekarang ni, solat pun berpeluh2 so pasanglah air-cond & kipas, nak beri orang solat dgn lebih khusyuk. Khusyuk ker? Tak tau...tanyalah diri sendiri... jgn tipu eh! Tapi dalam keadaan yang serba serbi 'senang' ni pun masih ramai lagi yang 'tinggal' solat. Jom tengok gambar2 kat bawah ni. Mudah2an mendapat semangat agar tidak lagi tinggal solat ...






Dari Umamah ra. bahwa Rasulullah Saw bersabda, "Telah dijadikan bumi ini bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan suci. Dimana pun umatku mendapatkan waktu shalat, maka dia suci." (HR. Ahmad).

Tahu kah Anda...No. 2

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Begitu tinggi nilai menjunjung perintah Allah.
Dipetik dari Lenggang Kangkung

Thursday, October 22, 2009

3M - Abdullah Gymnastiar

Abdullah Gymnastiar (lebih dikenali dgn nama Aa), adalah salah seorang pendakwah masakini yg sangat saya kagumi. Aa dalam dakwahnya sentiasa menyarankan kita mempraktikkan sistem 3M sekiranya kita berhasrat nak membuat perubahan. So apa tu sistem 3M? 3M bermaksud:-

1. Mulakan dari diri sendiri
2. Mulakan dari perkara yang kecil, dan
3. Mulakan dari sekarang!

Maksudnya jika kita ingin mengubah sesuatu, pertama sekali kita perlulah ubah diri kita sendiri. Perbetulkan diri kita dulu kemudian barulah kita perbetulkan orang lain.

Kedua, kita mulakan dari perkara yang kecil sebab perkara yang besar pun terdiri dari perkara2 yg lebih kecil so yang kecil tu kena dibetulkan dulu.

Dan akhir sekali perubahan tu hendaklah kita mulakan dari sekarang. Jangan tunggu esok sebab esok mungkin kita dah TAK ADA!


Saya setuju sangat. Kita mestilah betulkan diri kita dulu, lepas tu barulah boleh betulkan orang lain. .

Saya tak suka tengok orang buang sampah merata2. Tong sampah depan mata pun kekdg diaorng masih nak buang jer sampah tu sepah2. Tak fahamlah. Saya sekarang walaupun sampah sekecil sampul gula2pun saya tak akan buang sembarangan. Saya akan simpan sampai saya jumpa tong sampah. Bukan nak cakap saya bagus, tapi perubahan tu mesti kita buat. Tak kan selamanya tak berubah?? Sekarang ni saya didik anak2 saya supaya jgn buang sampah merata2. So far so good, tapi kot depan mata jek, belakang kita tak tau lah macam mana attitude diaorang. Doa selalu untuk mereka...

Tuesday, October 20, 2009

Life has to go on .....

Kalaulah boleh diputarkan masa, mesti kita nak berbalik semula kesuatu masa yang kita rasakan hidup ini sangat bahagia, tapi percayalah itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita.

Perit yang kita rasa hari ini akibat dari keputusan orang lain mungkin adalah lebih baik untuk kita dan seharusnya kita redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui. Allah maha Pengasih dan maha Penyayang. Setiap kali kita akan berdoa kepadaNya kebaikan dunia & akhirat. Mungkin liku2 hidup yang kita lalui sekarang merupakan 'jalan' menuju kearah kesejahteraan yang kita pinta. Allah mengajar kita melalui pengalaman hidup kita dan dari apa saja yang berlaku disekeliling kita dan kita akan hanya faham sekira kita muhasabah diri kita dengan rasa syukur, redha dan yakin dengan takdirNya. InsyaAllah mudah2an hidup kita dirahmatiNya dunia & akhirat. Amin.

Dear Arshad, just remember that no matter what, life has to go on. Aunty doakan Arshad selamat dunia & akhirat.... Amin.

Wednesday, October 14, 2009

Black & White

Mengambil gambar ni memang fun tapi sampai sekarang ni saya masih lagi tak pandai guna camera saya tu....huhuhu....masih tak puas ati lah dengan hasil gambar2 yang diambil. Tapi saya tak berputus asa, saya akan belajar dan terus belajar...

Mr Eddie lawan bola pakai kain pelekat. Kalau tak silap team dia menang.

Laila and Iky .... same age. Will be in Stardard One next year.

Ira ... sama jugak macam my niece Maisara, both of them punya suara yg besar
Edika .... budak kecik nakal yg tak pernah terlepas dari lens saya

Eh, Wan Zugha & Wan Mary tengok apa tu??