Tuesday, July 21, 2009

Berusaha meninggalkan yang mungkar

Pejam celik, pejam celik rupa2nya hanya sebulan saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 1430 hijriah.

Apa itu puasa bagi saya? Kalau dulu puasa hanyalah tak makan dan tak minum bagiku, sementara mata, telinga, mulut, kaki dan tangan masih melakukan ‘maksiat’ masing2. Yang menjadi mangsanya ~~ perut!! Kalaulah bisa perut itu berkata2 mungkin dari dulu lagi perut akan bersuara “Hoi, makan je lah, aku dah lapar nih. Puasa kau dah takde maknenya lagi!!”
Sebelum ini bukannya saya tak tahu, cuma perkara2 ‘dosa’ ini memang mengasyikkan sipembuatnya. ‘Rugi’ tak buat, tak rasa dan tak tau.

Tapi sekarang lain, alhamdulillah. Banyak pembaik pulih telah saya cuba lakukan pada amalan puasa saya iaitu dengan menahan diri ini dengan meninggalkan perkara2 mungkar, dari sekecil2nya seperti melihat email2 x-rated hinggalah sebesar2nya seperti meninggalkan solat. Nauzubillah.

Apakah amalan2 saya akan diterima oleh yang Maha Esa dan adakah ia dapat mengimbangi selautan dosa2 saya selama ini? Itu kerja Allah, yang penting saya akan terus berusaha meninggalkan kemungkaran. Berbaik sangkalah dengan Allah dan berdoalah untuk mendapatkan rahmat Allah.

Jika dulu saya hanya ber ‘puasa’ pada bulan ramadhan, tapi kini saya ber ‘puasa’ sepanjang tahun dengan menahan diri ini dari melakukan dari sekecil2 dosa hingga sebesar2 dosa hanya keranaNya. Dan terasalah oleh diri ini akan nikmatnya kehidupan yang sementara ini.

Astaghfirullah, rupa2nya ini lah kerugian saya selama ini……
Sabda Nabi saw: Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.

No comments:

Post a Comment