Tuesday, October 27, 2009

Syukur sebab tiap waktu kita dapat tunaikan solat dengan selesa samada dirumah, dimasjid2 atau surau2 yang boleh didapati dengan mudah. Kebanyakan masjid dan surau sekarangpun dah dilengkapi dengan air-cond. Paling tidakpun, kipas mesti ada. Cuaca panas sgt sekarang ni, solat pun berpeluh2 so pasanglah air-cond & kipas, nak beri orang solat dgn lebih khusyuk. Khusyuk ker? Tak tau...tanyalah diri sendiri... jgn tipu eh! Tapi dalam keadaan yang serba serbi 'senang' ni pun masih ramai lagi yang 'tinggal' solat. Jom tengok gambar2 kat bawah ni. Mudah2an mendapat semangat agar tidak lagi tinggal solat ...






Dari Umamah ra. bahwa Rasulullah Saw bersabda, "Telah dijadikan bumi ini bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan suci. Dimana pun umatku mendapatkan waktu shalat, maka dia suci." (HR. Ahmad).

Tahu kah Anda...No. 2

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."Begitu tinggi nilai menjunjung perintah Allah.
Dipetik dari Lenggang Kangkung

Thursday, October 22, 2009

3M - Abdullah Gymnastiar

Abdullah Gymnastiar (lebih dikenali dgn nama Aa), adalah salah seorang pendakwah masakini yg sangat saya kagumi. Aa dalam dakwahnya sentiasa menyarankan kita mempraktikkan sistem 3M sekiranya kita berhasrat nak membuat perubahan. So apa tu sistem 3M? 3M bermaksud:-

1. Mulakan dari diri sendiri
2. Mulakan dari perkara yang kecil, dan
3. Mulakan dari sekarang!

Maksudnya jika kita ingin mengubah sesuatu, pertama sekali kita perlulah ubah diri kita sendiri. Perbetulkan diri kita dulu kemudian barulah kita perbetulkan orang lain.

Kedua, kita mulakan dari perkara yang kecil sebab perkara yang besar pun terdiri dari perkara2 yg lebih kecil so yang kecil tu kena dibetulkan dulu.

Dan akhir sekali perubahan tu hendaklah kita mulakan dari sekarang. Jangan tunggu esok sebab esok mungkin kita dah TAK ADA!


Saya setuju sangat. Kita mestilah betulkan diri kita dulu, lepas tu barulah boleh betulkan orang lain. .

Saya tak suka tengok orang buang sampah merata2. Tong sampah depan mata pun kekdg diaorng masih nak buang jer sampah tu sepah2. Tak fahamlah. Saya sekarang walaupun sampah sekecil sampul gula2pun saya tak akan buang sembarangan. Saya akan simpan sampai saya jumpa tong sampah. Bukan nak cakap saya bagus, tapi perubahan tu mesti kita buat. Tak kan selamanya tak berubah?? Sekarang ni saya didik anak2 saya supaya jgn buang sampah merata2. So far so good, tapi kot depan mata jek, belakang kita tak tau lah macam mana attitude diaorang. Doa selalu untuk mereka...

Tuesday, October 20, 2009

Life has to go on .....

Kalaulah boleh diputarkan masa, mesti kita nak berbalik semula kesuatu masa yang kita rasakan hidup ini sangat bahagia, tapi percayalah itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita.

Perit yang kita rasa hari ini akibat dari keputusan orang lain mungkin adalah lebih baik untuk kita dan seharusnya kita redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui. Allah maha Pengasih dan maha Penyayang. Setiap kali kita akan berdoa kepadaNya kebaikan dunia & akhirat. Mungkin liku2 hidup yang kita lalui sekarang merupakan 'jalan' menuju kearah kesejahteraan yang kita pinta. Allah mengajar kita melalui pengalaman hidup kita dan dari apa saja yang berlaku disekeliling kita dan kita akan hanya faham sekira kita muhasabah diri kita dengan rasa syukur, redha dan yakin dengan takdirNya. InsyaAllah mudah2an hidup kita dirahmatiNya dunia & akhirat. Amin.

Dear Arshad, just remember that no matter what, life has to go on. Aunty doakan Arshad selamat dunia & akhirat.... Amin.

Wednesday, October 14, 2009

Black & White

Mengambil gambar ni memang fun tapi sampai sekarang ni saya masih lagi tak pandai guna camera saya tu....huhuhu....masih tak puas ati lah dengan hasil gambar2 yang diambil. Tapi saya tak berputus asa, saya akan belajar dan terus belajar...

Mr Eddie lawan bola pakai kain pelekat. Kalau tak silap team dia menang.

Laila and Iky .... same age. Will be in Stardard One next year.

Ira ... sama jugak macam my niece Maisara, both of them punya suara yg besar
Edika .... budak kecik nakal yg tak pernah terlepas dari lens saya

Eh, Wan Zugha & Wan Mary tengok apa tu??

Bunyi "Malaikat"....


Syuib, Zugha & Mary waktu beraya di rumah saya recently
Tadi member saya Zugha bercerita tentang anak bongsunya Syuib 5 tahun ,yang menangis kat tempat tidor pukul 3:00 pagi tadi sebab takut dengar guruh yang kuat dan hujan lebat. Dah dua pagi berturut2 hujan lebat beserta guruh kuat di Rawang.
Kata Zugha pada saya, "Iye, Wan Jung, kuat bunyi guruh tu, tak macam biasa...menakutkanlah".

Ibu mana yang akan membiarkan anak2nya dalam ketakutan atau bahaya, tak kiralah manusia atau haiwan, si Ibu pasti akan berusaha melindungi anak2nya.

Maka diambillah Syuib untuk tidor bersama Ibunya dan dapatlah si anak melelapkan mata menyambung tidor kerana yakin si Ibu ada melindunginya.
Waktu breakfast pagi tadi kata Zugha, tetiba Syuib bersuara, "Ibu, malam tadi adik dengar bunyi "malaikat", kuatttt, adik takut!!"

Syuib ..... bila posing camni nampak macam berani...

Zugha yang terkejut mendengar kepetahan Syuib, sambil senyum menjawab, "Tulah, adik tido tak baca bismillah." Syuib diam takde respon, mungkin mengingatkan peristiwa pagi tadi dan memikirkan jawapan dari Ibunya.
Yang bestnya, saya langsung tak terjaga walaupun guruh berdentam-dentum , angin kuat dan hujan lebat pada dua malam tersebut. "Tidor matilah u nie..." kata my hubby.
Hujan itu rahmat ....ketika hujan, pintu langit terbuka luas, berdoalah anda diketika itu.....
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sunday, October 11, 2009

Buat anda dan juga saya....

Gambar hiasan

Sabarlah……. Selalunya itulah kata nasihat yang paling mampu diberikan kepada mereka yang ditimpa ujian Allah. Walaupun sebenarnya untuk mempraktikkan sabar perlu ada kekuatan dan ianya bukan semudah dituturkan. Oleh sebab itu lah dipenghujung kesabaran itu pasti ada berita gembira dari Allah. Allah menjanjikan ganjaran yang tak dapat kita gambarkan hasil dari kesabaran kita. Maka bersabar dan teruslah berdoa kerana sesungguhnya kita tidak bisa merubah seseorang kerana itu hanya kemampuan Allah s.w.t.

Solat 'tiang' agama

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Tuesday, October 6, 2009

Tok Raja .....


Tak tau lah kenapa tapi semenjak dua menjak ni hati selalu rasa rindu kat Mak di kampung . Rasa belas kat Mak yang dah tua tapi masih menggagahkan diri menjaga cucu-cucu kesayangannya. Kesian Mak. Allah tu maha berKuasa, maha Pengasih lagi maha Penyayang. Dikala ramai sahabat2 Mak yang dah kembali kepada Rabbnya, Mak masih dipanjangkan usia. Allah saja yang maha Mengetahui akan apa yang ditentukanNya.

Pernah saya dengar dari seorang penceramah yang mengatakan apa saja perbuatan baik atau buruk kita terhadap kedua ibubapa kita akan dibalas oleh Allah didunia lagi. Allah tak tunggu untuk membalas perbuatan kita diakhirat tapi didunia lagi kita akan mendapatnya. Baru saja tadi kawan saya Iza bercerita kepada saya tentang seorang ahli keluarganya yang dalam kesusahan. “Kesian” kata saya. “Kak Julie….” sampuk Iza sebelum sempat saya berkata panjang, “Kak Julie tak tau perangai dia. Dari waktu dia anak dara lagi perangai dia pada Mak dan adik2 macam tu. Hah, sekarang ni, ini lah balasan Allah pada dia!” Terkedu saya mendengarnya. Bukan nak dengar sangat keaiban orang, takut Allah buka keaiban kita pula, tapi setakat mendengar keluhan seorang sahabat. Saya banyak beristighfar ketika mendengar….

Nasihat saya, sayangi dan kasihanilah insan yang anda kenali dengan nama Mak, Ibu, Umi, Mama, Mummy …. Yakinlah yang Allah akan meluaskan pintu rezeki dan memberkati hidup anda sekiranya anda berjasa pada ibubapa anda, tapi make sure hati anda ikhlas kerana Allah maha Mengetahui.

Firman Allah swt yang bermaksud “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan (ha), dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah Al-Israa’: 23)

Tahukah Anda....No. 1 - Luasnya Neraka?

Tahukah kamu bahawa neraka jahanam itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Takut tak?

Thursday, October 1, 2009

???????

Last week saya beraya ke rumah sahabat lama saya, She, di Puncak Alam. Lama sungguh kami tak jumpa, cuma sesekali berhubung melalui telefon.

So banyaklah kiranya topik2 yang nak di’update’, dari kisah anak2, kisah orangtua, kisah raya, kisah puasa sampailah ke kisah artis2!! Ishh gossip artis ker? Jangan… dosa. Nanti camne nak mintak maaf ngan artis tu? Penah saya ajukan soalan ni pada kengkawan saya sikit masa dulu. Ada pulak yang suggest masuk jek ‘myspace’ artis2 nih and minta maaf. Zaman teknologi lah katakan, mintak maaf pun thru internet. Kalau lah terbuka pintu artis tu nak maafkan ok lah alhamdulillah tapi kalau sebaliknya? Hah, cari dia kat padang masyar nanti… fuuuh jenuh ler rasanya!

Berbalik pada citer saya dan She, kami pun bercerita tentang seorang selebreti yang baru2 ni mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan bersama suami. Untungnya dalam hati saya. Sebelum ni buat haji, now umrah lak. Tetiba terpacul dari mulut saya, “Dia mungkin pegi dengan duit suami dia kot sebab hasil pendapatan dia sebagai artis sudah tentulah dari punca yang tak diberkati lagi haram!” Ishh, jahatnya mulut!! Tapi She sangkal pendapat saya. She kata, topik ni pernah dibahaskan di ofis She dulu. So, colleague She cakap itu antara artis tu dan Allah. Bukan hak kita untuk menghukum.

Benar! Itu hak Allah yang maha Pengampun lagi maha Mengasihani. Tapi janganlah kita ambil kesempatan ni. So, macam mana pulak yang gunakan duit rasuah, duit hasil rompakan atau loteri untuk gi umrah dan haji ek? Terang2 hasil pencarian bukanlah dari jalan yang diredhai.
Sabda Rasullullah s.a.w "Tidak akan masuk Syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api neraka lebih utama baginya" (Riwayat al Imam Ahmad)
Eh, tapi siapalah saya yang nak argue tentang hal ni. Saya yang serba jahil ni. Tapi tidaklah saya mengambil sewenang2nya hukum Allah. Nauzubillah.

Mudah2an diterangkanlah hati kami dan diberikan lah kami petunjuk dan hidayah Mu ya Allah. Amin