Friday, September 17, 2010

Tawadhuk


MEMANDANG RENDAH PADA ORANG LAIN kerana merasa diri lebih baik, ilmu lebih tinggi, harta lebih banyak seperti Firaun, Qarun dan Abu Jahal yang angkuh dan tak mahu menerima kebenaran.

Bersikap sombong bukan saja tak mahu berkawan dengan orang yang tak setaraf malah malu kalau dilihat berkawan dengan mereka.

Hidup ni tak mati ke? Huh…satu2 perkara yang kita boleh GERENTI dalam hidup ni ialah MATI!! Entah esok, entah lusa, entah2 kejap lagi. Malaikat maut datang menjenguk kita 70 kali sehari atau lebih kurang tiap2 21 minit.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Allah Azzawajalla berfirman, “Kemuliaan adalah sarungku dan kesombongan itu adalah selendangku, sesiapa yang mencabut daripadaku salah satu daripada keduanya nescaya Aku akan menyeksanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala kepujian dan sifat kebesaran hanya menjadi milik Allah. Oleh itu, Allah memberi peringatan bahawa tiada sesiapapun daripada kalangan makhluk-Nya yang layak memakai mana-mana sifat itu melainkan Dia.

Kita takde kuasa. Kita tak sekuat mana yang kita rasa, tak sepandai mana yang kita sangka, tak sebagus mana yang kita bangga…kita ni LEMAH….tapi kita beruntung sebab Allah kaseh dan sayangkan kita .... tu saja.

Oleh itu, jangan pandang rendah pada orang lain. Dia mungkin tak kaya, mungkin tak pandai, mungkin tak gagah TAPI dia lebih bertaqwa dan dia lebih dipandang mulia di sisi Allah. Mungkin hati dia lebih tenang dari kita, dada dia lebih lapang dari kita sebab hati dia lebih suci dan bersih. Dia lebih beruntung.

Semakin kita merendah diri, semakin Allah tinggikan darjat kita dan muliakan kita. Sentiasalah merendah diri, tawaduk dan bersikap sederhana. Jangan sekali bersikap buruk dan keji kerana ia sifat iblis dan syaitan laknatullah yang sentiasa menderhaka Allah.


Dalam surah Luqman, ayat 18 Allah melarang kita bersikap sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah engkau berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”