Sunday, November 22, 2009

Hakikat Kesabaran

Pada suatu ketika, Nabi s.a.w. sedang berjalan. Beliau melintas dihadapan rumah seorang wanita. Setelah dekat, tahulah Nabi bahawa wanita itu ternyata seorang ibu yang sedang menangis meratapi atas kematian anaknya. Si ibu menangis meraung-raung sehingg suara tangisan terdengar di mana-mana.

Maka ketika berdepan dengan si ibu, Nabi s.a.w. kemudian bersabda, "Bersabarlah wahai ibu!"

Mendengar suara yang ditujukan kepadanya, ibu itu secara langsung memandang kepada Nabi dengan tidak sedar berkata, "Engkau tentu sahaja boleh berkata demikian kepadaku sebab yang mati bukanlah anakmu!"

Mendengar jawaban ibu tersebut, Nabi tidak marah, baginda kemudian melanjutkan perjalanannya.

Rupa2nya ada seseorang hamba Allah yang mengamati perbualan ibu tersebut dengan Nabi, lalu datang menghampiri si ibu. Dia bertanya, "Apakah yang dikatakan orang itu kepadamu?"
"Dia seenaknya menyuruhku bersabar!" jawab si ibu.
"Lalu apa yang engkau katakan padanya?"
"Aku katakan bahawa dia boleh berkata demikian kerana yang mati bukan anaknya!"
"Mengapa engkau berkata begitu kepada Nabi?"
"Astaghfirullah...aku telah khilaf....," kata si ibu itu tersentak.

Ibu itu seketika menjadi menyesal memberikan jawapan yang tidak layak. Setelah tenang kembali, dia pun segera mencari dan menghadap Nabi. Kepada Nabi dia berkata,"Maafkan saya wahai Rasulullah kerana saya telah berlaku tidak sopan kepadamu. Tetapi sesungguhnya pada waktu itu saya benar2 dalam keadaan terpukul kerana kematian anak. Kini saya telah menjadi tenang dan saya akan bersabar."

Nabi pun kemudian bersabda, "ItalicKetahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama." (yang bermaksud seseorang itu dituntut untuk bersabar justeru pada saat dia pertama kali mendapat musibah).

Begitulah hakikat kesabaran yang diajar oleh junjungan kita Nabi s.a.w.
Dipetik dari buku : Air Mata Suci Nabi

Tuesday, November 17, 2009

Sedih, hairan, geram, marah dan malu

Terpampang di muka depan Harian Metro bertarikh 15 November 2009 berita sumbang mahram antara 2 orang adik-beradik yang menyebabkan si kakak mengandung!
Perasaan saya bercampur baur bila membaca headline ni. Terkejut? Tidak lagi sebab kes sumbang mahram memang bukan perkara baru di Malaysia. Tapi saya rasa sedih sebab mereka ni adik-beradik. Hairan sebab masakan ahli keluarga yang lain tak tau tentang kegiatan mereka? Geram sebab perkara macam ni boleh berlaku? Marah, entah pada siapa saya pun tak tau? Dimana silap kita?
Tangan saya terhenti dari mencapai akhbar tersebut. Malu saya nak bawa balik untuk dibaca oleh anak2 saya. So saya tak tau apa cerita selanjutnya.
Ya Allah ya tuhan kami, kau jadikanlah anak2 kami anak2 yang soleh dan solehan...Amin.

Takde rezeki

Buah durian belanda.... anak2 saya pelik tengok rupa buah ni.

Rumah lama kami di Kota Tinggi dulu ada pokok durian belanda. Memang kami tak heranpun nak makan sampaikan buah2 ni jatuh ke tanah lalu busuk begitu saja.

Last week saya ke pasar tani di Selayang sebab terasa nak makan buah durian belanda. Bukan mengidam! Bila ditanya harganya, mak datuk bukan main mahal lagi mengalahkan buah durian. Harga sekilo RM9.00. Kerana nak makan jugak, saya belilah sebiji yang sederhana besar seberat 1.1kilo. Masih muda so kenalah peram dulu.

Nak dijadikan cerita, saya lupa dan setelah 5 hari baru teringat nak check buah yang diperam tu. Memang bukan rezeki saya, buah durian belanda tu dah terlalu lembik dan dah mula rosak.

Arghhh... takde rezeki saya! Frust lah!
Align Center

Friday, November 13, 2009

Akan tiba jua saat dan ketikanya...

Kematian... bila datang tak dapat ditangguhkan atau dimajukan walau sedetikpun. Firman Allah swt. yg bermaksud: Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya (Al Imran ayat 145).

Tak ada siapapun yang tahu bila dan dimana dia akan mati.

Tersebut kisah seorang menteri di zaman Nabi Sulaiman. Suatu hari disebuah majlis, masuk seorang laki2 memberi salam dan membisikkan sesuatu ketelinga Nabi Sulaiman. Lelaki ini memandang tajam kepada si menteri sehingga ia menjadi ketakutan. Ketika lelaki itu keluar dari majlis tersebut, si menteri bertanya kepada Nabi Sulaiman, "Wahai Nabi Allah, siapakan lelaki yang baru keluar tadi? Sungguh pandangan matanya membuatku takut!".

Nabi Sulaiman menjawab, "Ia adalah malaikat maut yang menjelma manusia. Ia mendatangiku." Seketika itu gementarlah si menteri dan menangis. Kepada Nabi Sulaiman dia berkata, "Wahai Nabi Allah, demi Allah aku memohon kepada mu agar kau perintahkan angin bertiup membawaku ke tempat yang paling jauh, ke India."

Nabi Sulaiman memenuhinya. Si menteri pun terbang ditiup angin. Keesokan harinya malaikat maut datang kembali ke hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman berkata,"Kelmarin kau telah membuat sahabatku gementar. Mengapa kau memandangnya begitu tajam?"

Malaikat itu berkata, "Wahai Nabi Allah, aku mendatangimu di pagi hari. Aku terkejut mengetahui orang itu masih bersamamu di sini, padahal Allah telah memerintahkanku mencabut nyawanya selepas Zuhur di India."
"Lalu apa yangt kau lakukan?" tanya Nabi Sulaiman.
"Aku pergi ke tempat yang Allah perintahkan kepadaku untuk mencabut nyawanya di sana. Ternyata kudapati dia telah menungguku, lalu aku cabut nyawanya," jawab malaikat itu.

Katakanlah, "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-Jumu'ah ayat 8)

Buku : Kedahsyatan Malam Pertama di Alam Kubur - Dr. Muhammad bin Abdurahman Al-Uraifi

Wednesday, November 11, 2009

A Famosa

Ucu... Single and available.
zzzzz......... aimin so cute!
Cara posing remaja masakini!
Iklan Rexona.
Tension dan suspen takut tenggelam.

Alahai sayang cucu nenek!

Saper ni??

Muka macam budak nakal tapi sebenarnya budak 2 orang ni sopan dan pemalu! Huh! sopan ker?

Yang ni tak putus2 asa nak belajar berenang. Syabas!

Tuesday, November 3, 2009

Anak2 remaja kita

...one happy family..

Kalau hubungan kekeluargaan kita ok, keluarga kita bahagia, alhamdulillah. Kalau anak2 ok, spouse kita pun ok so panjatkan kesyukuran kita pada yang maha Esa. Sebab bukan semua orang dapat merasai kebahagian berkeluarga.

Jangan pulak kita ada rasa riak sebab keluarga kita ni kononnya bagus! Jangan rasa bangga sebab kita dapat bentuk keluarga kita menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Jangan! Allah sentiasa menduga hambaNya.

Gambar hiasan.... remaja bermasalah

Remaja bermasalah. Kalau kita selidik family background anak2 bermasalah ni mungkin baru kita faham kenapa mereka jadi macam tu. Pupuklah rasa belas kasihan kita pada mereka. Jauh dilubuk hati mereka sebenarnya mereka juga nak merasa bahagia, nak rasa kasih sayang. Beri mereka ruang dan peluang.

Gambar hiasan... mat rempit

Jangan tengok budak nakal dan bermasalah terus nak condemn! Memanglah ‘berbuku’ hati ni kalau tengok mat2 rempit, contohnya. Menyusahkan jer. But still kita tak boleh terus condemn diaorang. Allah menguji kesabaran kita melalui dia. Sebenarnya masalah remaja adalah masalah kita juga.

Masalah remaja sekarang dah makin kritikal. Apa yang kita dah buat so far untuk tolong mereka? You can say it's none of your business but wait till your own child becomes one and you might not think the same way again.

Ya Allah, how I wish I could help them.. listen to them.... care for them. Lead me please..Amin

Sunday, November 1, 2009

Al kisah Edika & auntie nye

Salam tangan bakal mak mertua..jadi menantu yang baik ye!

Masih ingat lagi satu peristiwa lucu kat umah my sister di Shah Alam. Waktu tu Edika (cucu kami) pun ada tapi papa and mama dia keluar dgn my sister. So tinggallah my family and I dan juga the bride-to-be, cik Reni (Edika’s aunt) …
Edika dgn Mama dan Papanya...

Maghrib hampir tiba so it was time untuk mandikan Edika sebab malam tu diaorang nak balik ke Kuching. Fuhhh, bukan main suka lagi dia main air, memang hantu air! Selesai Edika mandi Reni pun (dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap anak sedaranya) tolonglah nak siapkan Edika pakai baju. Yelah, come December 12th, Reni bakal jadi isteri dan lepas tu nanti kalau ada rezeki, bakal jadi ibu lak so kenalah praktiskan? So kitaorang pun biarkanlah aunty dia tu menguruskan Edika kerana kami YAKIN Reni BOLEH!!!
Gambar gelap...hehe.. kumpulan reni menang jigsaw puzzle contest held during raya puasa recently.

Tunggu punya tunggu sambil tengok tv saya pun mulalah hairan kenapa lama sangat Edika nak pakai baju ni? Elok jer terlintas pertanyaan tu kat kepala saya, tetiba Edika pun berlari keluar dari bilik dengan bersarungkan pampers jer! Lah! Tak siap lagi rupanya?? Punyalah lama baru pakai pampers jer??

So saya pun usung Edika kebilik Reni. “Kenapa lama sangat?” saya tanya Reni.
“Susahlah nak pakaikan pampers” kata Reni. “Cuba Kak Julie tengokkan..”Belek punya belek saya pun naik blur jugak maklumlah dah lama tak buat kerja2 ni. Sampaikan pelekat pampers tu tak boleh guna sebab saya dok bukak, tampal, bukak, tampal. At last barulah saya perasan… hmmm, patutlah susah, Cik Reni kita pakaikan pampers terbalik!! You have failed your first test Cik Rang Raini!! Tapi takpe, itu baru selingan jer, yang penting ada initiative nak cuba. You go girl!!