Difficult moment ~ seek God. Quiet moment ~ worship God. Painful moment ~ trust God. and Every moment ~ THANK GOD!
Sunday, August 23, 2009
Bangunlah....sahur!
Thursday, August 20, 2009
Hobi Baru - Fotografi
Ingat lagi kuching ni? Yup, si BOB yang hensem ni.
Kakak Bob!! Jauh mata memandang Kak Long?
Yang bongsu, yang mucuk, yang machin!
Ni photographer memang betul2 mentah nih. Hasil gambar pun blur2 gak walaupun camera dah canggih (sket ar). Actually kalau guna Auto mode memanglah senang jek, snap jer gambarnya tapi Auto ni tak thrill lah. So saya belajarlah guna manual. Tu yang gambar jadi blur2x. Belajarlah katakan. Jom tengok gambar saya lagi...
Wakakakaka... nilah satu2nye beg saya yang dibawa kehulu, kehilir... tak macam zue dengan koleksi beg nye!! Tapi itu hobi masing2kan? Saya okay jek ngan beg satu nih. Setia gitu...
The 3 'hensem' guys yang share rumah ngan saya...hehehe
Blur tak? Saya ni rabun dekat (sign of old age!) so nampak cam blur jek photo nih.
A picture tells a thousand words. Exactly true!! But then, untuk dapatkan shot yang boleh menghasilkan makna yang mendalam is not easy though.
Hari Sukan BSN KL. Abah beri tips pada Akeem untuk menang nih.
Cucuku!
Maisara, niece saya yang tak banyak cakap tapi bila dia bukak mulut jek, suaranya bukan main besau lagik!
Suami saya memang suka pakai glove kalau bawak motor maupun drive keter
Okaylah, it's getting late now. Really do enjoy sharing these photos with you guys. Nanti saya amik gambar lagi and post dlm blog ye! Do drop a word or two to comment yah! Thank U !!
Monday, August 17, 2009
Salam Ramadhan
Ramadhan akan datang menjengah lagi. Bagi kami sekeluarga, Ramadhan sangat dinanti2kan. Setiap kali Ramadhan, kami sekeluarga akan ‘berkampung’ (tidur) di ruang tamu rumah teres 2 tingkat kami. Kenapa? Supaya senang saya mengejut anak2 dan juga suami saya untuk bangun sahur! Menjadi kebiasaan saya akan bangun jam 4:30 pagi untuk menyediakan juadah simple untuk sahur. Walaupun simple like ayam goreng sambal tapi still saya mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Maklumlah, saya tak pandai memasak. Nak tau tak? Sewaktu saya sibuk memasak, selalu kedengaran suara anjing sayup2 menyalak. Kekadang seram gak tapi mana ada hantu-setan bulan Ramadhan!! Tapi kenapa anjing2 tu menyalak ek?
Siang hari dibulan Ramadhan begitu tenang, tapi selepas waktu berbuka, mulalah kami mengejar masa. Selepas solat Isyak, kami bergegas ke surau untuk solat Terawih. Terawih di surau kami hanya 8 rakaat plus 3 rakaat witir. Diikuti pula dengan tazkirah oleh penceramah2 jemputan. Selepas tazkirah kami dijamu dengan sesi morey yang disediakan secara bergilir2 oleh penduduk kawasan perumahan kami. Selalunya saya dan anak2 pulang jam 11:00 – 11:30 malam. Suami saya belum habis tugas lagi sebab beliau akan tolong mengemas. Tahun ni suami akan menyertai Tadarus Al Quran. Alhamdulillah.
So saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan 1430 Hijriah. Harapan saya agar saudara2ku bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja ye tapi juga menahan diri dari melakukan segala kemungkaran and cubalah tingkatkan amal ibadah dibulan yang mulia ni. Ambil kesempatan ni, jangan jadi mereka yang didalam kerugian. Masa untuk menggantikan puasa yang tertinggal pada tahun2 yang lepas telah hampir luput, so kenalah bayar fidyah lepas ni ye. Pesan saya jangan ditangguh2kan mengganti puasa sebab tanpa kita sedari fidyah kita bertambah berganda2!!
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wednesday, August 12, 2009
DEMAM
Berbalik pada kisah saya dan DEMAM…. Selalunya kalau DEMAM apa yang biasa saya lakukan, makan ubat dan tidur sampailah badan tu kebah mengeluarkan peluh. Bila bangun kita akan rasa panas badan tu akan mula berkurangan. Masuk hari ke2, insyaAllah, selera makan pun dah back to normal.
Tapi DEMAM yang saya alami tempohari lain sama sekali. Untuk hari pertama tu jer saya makan ubat dan tidur. Masuk hari ke2 dan seterusnye, tak boleh tidur!! Rugi tu cuti tapi tak tidur. Tapi tulah hakikatnya, mata ni lena sekejap jek pastu terjaga. Saya paksa tutup mata dan cuba tidur tapi hampeh belaka. Malam pun macam tu gak….frust betullah. Itulah kita ni hidup jangan sekali2 cakap besar. Sehari dua sebelum DEMAM tu saya cakap dengan Zue, “akak ni memang senang tidur. Letak kepala jek tidur tak kira siang atau malam”. Ha tulah, cakap besau lagi. Kena DEMAM langsung takleh tidur. Heran! Badan pulak sakit2. Kalau nak rukuk tu, astaghfirullah, sakitnye, so kena gerak pelan2.
Hari ke 5 barulah saya pulih dari DEMAM tapi masih batuk sampai hari ni dan anak saya Fara adalah penyambung kepada penyakit ni. Hari ni hari yang ke 4 dia demam. Anyway, alhamdulillah demam dan selsemanya dah kurang.