Tuesday, September 29, 2009

Our open house??

Okay, sesiapa yang nak datang umah kami, jemputlah datang. Tak perlu tunggu rumah terbuka sebab rumah kami sentiasa terbuka untuk saudara mara dan sahabat handai. Istilah “rumah terbuka” tu dah kami erase dari dictionary hidup kami sebab kami tak nak kalau takde rumah terbuka, orang tak nak lak datang beraya ke umah kami!! Penatlah nak layan sumer orang sekali gus. Mulut ni rasanya mcm cramp tak boleh tutup sebab asyik bercakap, gelak, bercakap, gelak!! Ishh, udah udah lah…. melayan orang lagi penat dari buat kerja sebenarnya!

Kalau korang pegi umah terbuka, jagalah hukum hakam. Bila dah ramai2 tu biasalah kita kekadang tak ingat nak jaga batas pergaulan. Berseloroh bukan main seronok lagi dengan yg bukan muhrim dan pastu bersalam-salaman lak. Kalau ditegur nanti ada lak yang cakap “Alah salam jek bukan buat apa2 pun ….!”. Tapi dari yang sekecil2 tulah yang kita kena jaga sebab itu lah yang lama2 membawa kita pada maksiat yang lebih besar. Selalu saya ingatkan anak2…”jangan menghampiri Zina”. . Allah maha Melihat dan maha Mendengar dan Allah maha Mengetahui apa saja yang tersirat dalam hati hamba2nya. So beringat2lah selalu….
Taqaballahu Minna Wa Minkum. Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair….

Sunday, September 27, 2009

~ Edika Zulkarnain ~ bUdaK kEciK nOttY

Sowwy ar gambo2 blurry jek. Tak sempat2 nak adjust ar. Actually gambo banyak tapi leceh dan lembab ar nak upload. So kalau ada kesempatan dilain hari saya upload lagi gambo2 menarik yang lain, ok!

Eh, Edi wat apa tu? Nyorok dari saper ni?
Berkerut2 muka...lain macam jer expression !!
Wakakaka.... Edi tengah 'puut-puut' ar! Atau bahasa lainnye..tengah 'o-ork' atau bahasa pasar borongnye.. tengah memerut!
Notty!
Edika 'Ronaldo' Zulkarnain
Thumbs up!
Cute!

Saturday, September 26, 2009

Citer pasal raya eh?

Apa nak citer pasal raya nih? Bacalah blog anak2 eddie for our raya updates.

Bagi saya, hari raya menandakan perginya ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan Allah swt. Keseronokan syawal melupakan kita yang pintu2 neraka telah dibuka semula, syaitan2 sudah terlepas. Sebenarnya syaitan2 lebih seronok agaknya dengan kehadiran syawal sebab akan menyambung misi menyesatkan anak adam. Tapi kita masih leka dan lalai merebut keseronokan duniawi.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana Diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Jelas diwajibkan keatas kita berpuasa sebagai proses membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa... Maka selepas sebulan belajar di "madrasah" ramadhan, kita tanya diri sendiri apakah "pencapaian" kita dan samada kita adalah dikalangan mereka yang untung atau mereka yang rugi?

Sunday, September 13, 2009

Tak lama lagi dah nak raya!!

Macam tak percaya jek. Rasa macam baru seminggu puasa tapi hakikatnya lagi seminggu lagi kita dah nak menyambut hari raya puasa. Begitu cepat masa berlalu. Masa dah tak menunggu kita lagi. Kita pulak yang ‘cerdik’ ni tak pulak mengejar masa untuk kebaikan dunia & akhirat. Ruginya kita..

Persiapan raya kami? Ooh, ala kadar saja. Baju & kasut raya untuk anak2 dah pun kami beli seminggu sebelum puasa. Ya, memang itu praktis kami setiap tahun agar tak menyusahkan anak2 yang letih berpuasa untuk pergi bershopping dibulan Ramadhan. Ditambah pulak saya tak begitu minat shopping dan hubby saya tak suka crowded places. So jalan terbaik, sediakan sebelum puasa.

Bird's eye view Jalan Tunku Abdul Rahman

Sesak!! .............Ni yang kami nak elakkan ni.

Pastu kami tunjuk2 jek kueh2 raya (belilah tu maknenya). Alah, beli 2, 3 jenis jek, jangan takde langsung orang kata. Tak kan lak nak jamu air bujang kalau tamu dtg umah. Kena gossip lak nanti.

Kerusi raya, langsir raya, sports ream raya (bunga raya.. hehehe) sumer tak masuk list. Pendek kata 'rumah' kami tak beraya sebab takde pun tukar2 barang baru!

Dan kalau nak berbuka puasa ngan family or frenz, sumernya dirancang dan dipenuhi pada minggu pertama dan kedua sebab 10 malam terakhir Ramadhan biasanya kami tak kemana2pun sebab lebih kepada aktiviti di Surau Nur Ikhwan.

Kalau ditanya perasaan saya bila raya dah nak dekat ni, saya akan katakan GEMBIRA sebab cuti dan dapat berjumpa family dan sanak saudara TAPI saya lebih rasa SEDIH dan SAYU sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan kami. Peluang yang Allah berikan pada hamba2nya untuk mencari seberapa banyak pahala yang dilipatgandakan pada bulan yang penuh barakah tu akan berakhir dengan perginya Ramadhan dan samada kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang bergantung kpd rahmat kasih sayang Allah swt semata2. Sentiasalah berdoa agar kita bertemu Ramadhan tahun depan, insyaAllah.

Tuesday, September 8, 2009

Sabar itu sebahagian dari Iman

“Dan sungguh akan Kami berikan dugaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang - orang yang sabar, (yaitu) orang - orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan : “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi rajiuun” (QS Al-Baqarah: 155 - 156)
“...Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan); keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. Ar-Ra’d [13]:23-24)

More Photos...

Ira!! My niece yang suka membaca.... I love this photo.

A'ah, kursus fotografi (sendiri2) saya tak habis2 lagi. Apa ker tidaknya, nak dapat pegang camera tu pun seminggu sekali jer memandangkan masa yang agak tight sekarang ni. So during weekend jer lah saya berpeluang mencuri masa sedikit untuk snap foto2 sambil belajar.

Bob & kakaknye, Fara. Sayang sangat kat Bob tu.

Iky & Adam.

Ah, datang lak Udin menyelit sama. Gambar pulak semakin gelap. Nape ek? Cahaya tak cukup.

Bob tido jap lepas penat mengulangkaji!

Kucing kurap pun dia sayang.

Tangkap lentok Apit?

Oooh, ni Arshad (facing camera) and Akeem. Waktu ni baru sampai Shah Alam dari Kota Tinggi.

Wednesday, September 2, 2009

Islam itu Asing

Benarlah sabda Rasulullah saw "Islam itu dimulai dalam keadaan asing, dan suatu saat akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing”

Sahabat lalu bertanya “Ya rasulullah, Siapakah orang asing itu ? Rasulullah menjawab ”Itulah orang yang berbuat baik di waktu manusia berbuat kerosakan”

This is so true. Hari ini, orang yang berjilbab pada pandangan mata majority masyarakat adalah orang yang asing. Orang yang tidak social adalah orang yang asing. Orang yang tidak consume minuman keras adalah orang yang asing. Orang jujur adalah orang asing.

Gambar hiasan

Oh, ini tidak pelik kerana kita hari ini hidup ditengah2 masyarakat yang mengamalkan budaya rasuah, budaya riba, budaya bomoh dan dukun (syirik), budaya maksiat (social life) …. and the list goes on….

Air mabuk!

Bomoh ... syirik!!

Maka orang yang tidak mengikut arus inilah yang dianggap asing. Kerana asing, seorang itu dianggap kuno, hina dan memalukan untuk dijadikan sahabat.

Soalan saya, mahukah anda menjadi asing? Renungkanlah….

Islam is beautiful if you do understand it. Berdoalah moga diterangkan hati kita agar mudah memahami Islam.

Balik Kota Tinggi

Signboard ke Kota Tinggi tak dapat amik sebab waktu tu saya yg drive

Sempena cuti panjang hujung minggu tempohari, saya, abang dan kakak saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampong di Kota Tinggi. Sepanjang perjalanan kami cuma berhenti di R&R Machap untuk membeli kerepek2.


Tak taulah, tapi bak pepatah melayu “tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain!”. Saya membesar di Kota Tinggi. So, setiba kami di jambatan Kota Tinggi, perasaan seronok dan sayu tu mula terasa. Hilang rasa penat.

Petang tu kami ke Bazar Ramadhan. Berbagai2 juadah boleh didapati dan yang paling best, YONG TAUFU kuah SUP kegemaran saya banyak dijual. Tapi saya tak beli hari tu sebab Mak dah masak banyak lauk. So saya fikir esok je lah beli. Waktu berbuka di Kota Tinggi pada jam 7:11 pm. Seronok sangat dapat berbuka dengan my Mom, brothers, sisters, nephews and nieces. Ramai!!


Yong Taufu Sup... Ermmm, yummy!

As planned, the next day saya bawa my nieces ke Bandar Kota Tinggi untuk beli baju raya. Sponsor besar dari my sister Abai (thank you semoga dimurahkan rezeki awak ye!) Belum selesai shopping, tetiba baru saya perasan jam dah menunjukkan pukul 7:00 ptg. Alamak! Dah nak buka!!! Yong Taufu kegemaranku belum beli lagi….

Abai

Fara (my daughter) and Nurul (my niece)

So bergegaslah kami ke Bazar Ramadhan. Sebaik kami park kereta, kami dah boleh nampak peniaga2 sibuk mengemas. Alahai betulpun tekaan saya, memang tak ada rezeki saya …. gerai yang jual yong taufu sumer dah tutup. Frust betul sebab dah lama, lama, lama sangat saya mengidam. Kata anak saya, “Takpelah mama, mesti ada hikmahnya”. Betul tu Fara. Thank you for reminding me.