Tuesday, July 28, 2009

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Mengantuk! Kalau disorongkan bantal pada saya ketika ini, harus nyenyak saya tidur dengan perut yang sedang mengening kekenyangan.

Sungguh tak patut sama sekali. Apa tidaknya, nasi penuh, berserta lauk pauk menjadi santapan wajib setiap hari during lunch hour ~~ mewah sungguh kehidupan saya dengan makanan. Kadang2 teringat pula pada yang miskin. Yang kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Ada juga yang kais pagi, petang tapi cuma makan sekali sehari. Boleh tak kita cuba makan sekali sehari?? Huh, jangan kata makan sekali sehari, lambat makanpun dah merungut2. Tak habis2 dengan ungkapan ‘perut masuk anginlah sebab lambat makan!’. Habis tu mereka yang kurang bernasib baik tu masuk apa ye??

Tonton sajalah rancangan Bersamamu TV3, anak2 mereka masih boleh tersenyum didepan kamera walaupun hakikatnya kehidupan mereka daif. Merekalah yang membuat kita merasa insaf dan bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Kalau kita sentiasa memandang kepada mereka yang kaya raya, sudah tentu sampai mati pun kita tidak akan merasa cukup, apalagi nak merasa bersyukur.

Rumah Amal Siraman Kasih, Bandar Baru Country Homes, Rawang

So konklusinya, saya akan cuba untuk kurang makan. Orang kata biar kurang makan, jangan kurang ajar! Hehehe, betul ker perumpamaan nih? At the same time, Isnin & Khamis is puasa time!! Dan jangan lupa membantu mereka yang memerlukan dengan bersedekah, berzakat, infak, or whatever good deeds that you can think of. Play your part and don’t just live life to be a bloody useless person on earth.

Firman Allah: “Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasaiya sebagai wakil….” (Surat al-Hadiid: 7)



Monday, July 27, 2009

Inilah masalahnya membeli kereta buatan Malaysia........


Sabtu lalu adalah hari bekerja bagi syarikat saya dan seperti biasa hubby saya akan menghantar saya ke pejabat sebab beliau bekerja 5 hari seminggu.

Hari Sabtu adalah hari yang tak produktif sebagai hari bekerja bagi diri saya. Sebabnya, saya dan hubby akan pergi minum dulu sebelum saya masuk pejabat. So Sabtu lepas kami ke gerai makan Wak Leman yang famous di Batu Caves (famous ker?). Saya turun dulu dari kereta sementara hubby saya mencari parking. Memang sikap hubby saya tak suka parking di tempat yang sibuk lalu di 'park' keretanya di depan Hong Leong Bank, kiranya jauh jugalah dari gerai Wak Leman.


Selesai makan dalam lebihkurang jam 9:15 pg, kami pun berangkatlah menuju ke pejabat saya berjalan kaki. Setiba di depan pejabat saya, saya pun melambai suami yang kemudian menyambung perjalanan ke kereta beliau.


Sesampai dikereta, hubby saya pun tekan alarm tapi tak berfungsi. Ditekannya lagi berkali2 tapi tak juga berfungsi. Hubby saya menjadi bingung bercampur marah dengan kereta yang baru saja 5 bulan dibelinya. Eh, takkan lah baru beli alarm dah rosak??


Tiba2 dia terpandang passenger seat depan ada helaian kertas yang dirasanya sebelum ni tiada. Tenung punya tenung, dia pun terus berlalu dari situ, make one round di kawasan tu kemudian pulang semula ke keretanya.


Inilah masalahnya beli kereta buatan Malaysia, sebab terlalu banyak dijalanan maka suami saya rupanya tersalah kereta. Kereta kawan saya, zulaina disangka keretanya. Malu! Malu! Malu! Tapi dia cool so dia buat bodoh je, masuk kereta, start engine dan terus belah.... Dalam hati harap2 takde orang notice!

Sunday, July 26, 2009

MARAH!!

Yang pastinya setiap manusia mempunyai sifat marah. Yang membezakannya pula adalah tahap pemarah seseorang itu. Sifat marah itu datangnya dari syaitan.

Teringat satu kisah yg pernah saya baca mengenai Qais bin Asim, seorang tua dari Bani Tamim~~

Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim. Kisahnya pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hamba Qais membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan dan santun serta ia memaafkan hambanya" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah ~~

Lagi menarik ialah apa yang pernah saya dengar dari Dato' Dr Fadilah Kamsah yang menyarankan kita berpuasa sebagai SALAH SATU CARA bagi mengurangkan sifat pemarah yang ada pada diri kita. Kata beliau, syaitan masuk kedalam urat2 kita. (Logiknya urat berada disetiap anggota tubuh badan kita. Ini bermakna syaitan juga dapat menyelinap ke seluruh tubuh badan melalui urat kita!!) Jika kita berpuasa pula, urat darah kita akan mengecil secara saintifiknya, dan membuatkan ‘laluan’ syaitan in sempit. Maka kuranglah syaitan yang menyelinap masuk kedalam urat kita.
Walau apapun, cuba anda amati muka anda dicermin ketika senyum dan ketika marah. Begitu huduh sekali kita ketika marahkan? Oleh itu, jangan marah2 ye dan senyumlah selalu untuk awet muda.. hehehe.

Hadis riwayat Imam Ahmad“ Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah “.

Thursday, July 23, 2009

Tak ada idea....

Salam. Hari ni minda saya tak dapat memikirkan satu tajuk yang sesuai utk dinukilkan dlm blog saya. Tak tau lah kenapa tapi otak ini seperti kekurangan idea... Mungkin esok kalau ada rejeki (jaworld) akan saya post kan sesuatu untuk anda semua. Adalah diharapkan hasil nukilan saya bukan setakat luahan hati sahaja tapi semoga ia juga dapat diterima oleh mereka2 yang membacanya.


Anyway, ni saya postkan video kuching kesayangan kami sekeluarga, Abob. Sedikit background Abob --> umur as at July 09 kira2 3 tahun 6 bulan. Kami adopt Bob dari SPCA Ampang dan waktu tu dia baru saja berumur 6 bulan. Fizikal yang kurus membuatkan muka Bob nampak panjang. Kalau nak compare Bob dengan kuching2 lain pada waktu tu, tak ada yang special about Bob. Tapi anyhow hati kami digerakkan Allah untuk pilih dia. Mungkin kerana kesian dan kami fikir siapalah yang nak kan Abob yang tak cantik ni. Sorry Bob but that was then. Sekarang Abob bagi kami adalah antara kuching yang paling 'hansem' bagi kategori kuching jantan!! Abob manja dan pandai. Kadang2 rasanya mcm kuching yang 'terlampau' sbb dapat keistimewaan mcm anak2 saya jugak.

** lama untuk upload video ni but i hope you'll agree with my statement above.

mY pHoTo gaLLerY

Tuesday, July 21, 2009

Berusaha meninggalkan yang mungkar

Pejam celik, pejam celik rupa2nya hanya sebulan saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 1430 hijriah.

Apa itu puasa bagi saya? Kalau dulu puasa hanyalah tak makan dan tak minum bagiku, sementara mata, telinga, mulut, kaki dan tangan masih melakukan ‘maksiat’ masing2. Yang menjadi mangsanya ~~ perut!! Kalaulah bisa perut itu berkata2 mungkin dari dulu lagi perut akan bersuara “Hoi, makan je lah, aku dah lapar nih. Puasa kau dah takde maknenya lagi!!”
Sebelum ini bukannya saya tak tahu, cuma perkara2 ‘dosa’ ini memang mengasyikkan sipembuatnya. ‘Rugi’ tak buat, tak rasa dan tak tau.

Tapi sekarang lain, alhamdulillah. Banyak pembaik pulih telah saya cuba lakukan pada amalan puasa saya iaitu dengan menahan diri ini dengan meninggalkan perkara2 mungkar, dari sekecil2nya seperti melihat email2 x-rated hinggalah sebesar2nya seperti meninggalkan solat. Nauzubillah.

Apakah amalan2 saya akan diterima oleh yang Maha Esa dan adakah ia dapat mengimbangi selautan dosa2 saya selama ini? Itu kerja Allah, yang penting saya akan terus berusaha meninggalkan kemungkaran. Berbaik sangkalah dengan Allah dan berdoalah untuk mendapatkan rahmat Allah.

Jika dulu saya hanya ber ‘puasa’ pada bulan ramadhan, tapi kini saya ber ‘puasa’ sepanjang tahun dengan menahan diri ini dari melakukan dari sekecil2 dosa hingga sebesar2 dosa hanya keranaNya. Dan terasalah oleh diri ini akan nikmatnya kehidupan yang sementara ini.

Astaghfirullah, rupa2nya ini lah kerugian saya selama ini……
Sabda Nabi saw: Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.

Saturday, July 18, 2009

Nikmat Sihat dan masa lapang

Salam semua kaum muslim & muslimat yang budiman. Semoga hari2 kita dirahmati Allah swt.
Ketika saya compose post kali ini, saya dalam keadaan yang sgt letih kerana baru saja balik dari brisk walking and cycling dengan anak bongsu saya, hakeem danial.
Kalau setengah2 orang ada yang addicted to clubbing, karaokeing, fishing etc.. tapi saya get addicted to exercising. Apa saja jenis exercise, you name it, i will love it!! Memang menjadi routine saya kalau ada kelapangan even during weekdays selepas pulang dari pejabat, saya akan berkejar2 untuk pergi brisk walking and cycling. Berpeluh2 hasil dari exercise tadi adalah satu kepuasan. Salah satu kelebihan exercise ni ialah walaupun seharian bekerja di pejabat, badan tak merasa letih dan mengantuk. Cubalah dan cari rasa kepuasan setelah peluh mencurah2 mengeluarkan toxin dalam badan. Badan sihat, otak cergas!
"2 jenis nikmat yang manusia selalu sia-siakan adalah nikmat sihat dan nikmat masa lapang". Oleh itu, kerjakan lah perkara2 yang baik & berfaedah dan dirikanlah solat serta perbanyakkanlah ibadah ketika kita masih sihat dan berkelapangan.
Oklah setakat ni saya buat kali ini. Saya ingin menikmati air blackcurrent yang baru saja dihidangkan oleh anak sulong saya, nur faradiana (thank U dear, love you with all my heart). After that shower and solat. Till then, adios!!

Tuesday, July 14, 2009

5 'S'

Assalamualaikum.. ermmm.. hampir 2 minggu saya tidak menghasilkan nukilan dalam blog saya. Busy? Maybe. Tapi itu bukan alasan yang concrete. It's just a matter of how you manage your time.

Anyway, last saturday anak bongsu saya menghadiri kem motivasi & qiamullail di surau nur ikhwan rawang perdana. Kem khusus untuk pelajar2 yang akan menduduki peperiksaan besar tahun ni. Programnya sama seperti tahun2 yang sebelumnya tapi kali ni ada diberi kesedaran pada anak2 kami tentang dakyah yahudi. Kalau my previous post ada sebut dakyah yahudi melalui 3 perkara- fesyen, hiburan dan makanan tapi kali ini saya dikejutkan dengan 5 'S' iaitu songs, screens (movies), smokes (rokok), sports & sex! Benar sekali!

Saya rasa tak perlu lah saya elaborate tentang 5 'S' ni tapi nasihat saya cuba allocate kan masa yang ada untuk renungkan samada anda adalah antara mereka telah terperangkap dengan dakyah ini.
Opps! I guess I have to pen off for now. It's almost 12 midnite. Try not to stay up too late sebab esok nak bangun awal pagi or I'll be late for work. Hmmm, carilah keberkatan dalam hidup yang singkat ini. Sesungguhnya manusia yang dalam kerugian adalah manusia yang alpa dengan keduniaan dan lupa tentang mati dan akhirat. Nauzubillah.

Wednesday, July 1, 2009

Kasihanilah mereka....

Kasihanilah siapa? Peminta2 sedekah yang semakin hari semakin banyak di jejantas2 dan di pasar2 malam? Atau pesakit2 yang menghitung hari untuk keluar dari hospital dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang di rumah saja? Bukan, bukan mereka.
Kasihanilah anak2 remaja kita yang semakin hari semakin lemas dibawa arus sosial negatif. Saya selalu terkenang2 gambar hadapan suratkhabar Harian Metro yang pernah memaparkan gambar pelajar2 sekolah menengah yang lengkap berpakaian sekolah sedang menghidu gam di kawasan2 semak! Sedih saya melihatnya hingga menitiskan air mata penyesalan kerana saya tidak mampu membantu. Siapakah mereka? Dimanakan ibubapa mereka? Tidakkah mereka dapat menghidu aktiviti kurang sihat anak2 mereka? Dimana para guru pula? Apakah peranan mereka didalam menangani permasalahan ini? Saya pasti guru2 tahu sekiranya perjalanan anak2 murid mereka sudah mula 'melencong' ke arah negatif.
Remaja bermasalah bermula dari rumah mereka lagi. Punca yang paling ketara ialah 1) ibubapa/anak2 meninggalkan solat. Hidup tanpa solat membawa kepada hidup tanpa keberkatan dan rahmat Allah swt. 2) Ibubapa kurang memberi perhatian kepada anak2 mereka kerana terlalu sibuk dengan hal mereka masing2. Mencari rezeki sampai kemalam, "untuk anak2" kata mereka. Pada ibubapa, mereka beranggapan tanggungjawab mereka selesai dengan menyediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran pada anak2 mereka (noktah). Kasih sayang yang sepatutnya mereka curahkan telah digantikan dengan material dan wang ringgit.
Kasihanilah anak2 kita. Mereka adalah 'masadepan' kita. Masadepan bangsa kita hancur jika ibubapa hari ini gagal dalam mendidik anak2 yang berjaya dunia dan akhirat.