Sunday, November 22, 2009

Hakikat Kesabaran

Pada suatu ketika, Nabi s.a.w. sedang berjalan. Beliau melintas dihadapan rumah seorang wanita. Setelah dekat, tahulah Nabi bahawa wanita itu ternyata seorang ibu yang sedang menangis meratapi atas kematian anaknya. Si ibu menangis meraung-raung sehingg suara tangisan terdengar di mana-mana.

Maka ketika berdepan dengan si ibu, Nabi s.a.w. kemudian bersabda, "Bersabarlah wahai ibu!"

Mendengar suara yang ditujukan kepadanya, ibu itu secara langsung memandang kepada Nabi dengan tidak sedar berkata, "Engkau tentu sahaja boleh berkata demikian kepadaku sebab yang mati bukanlah anakmu!"

Mendengar jawaban ibu tersebut, Nabi tidak marah, baginda kemudian melanjutkan perjalanannya.

Rupa2nya ada seseorang hamba Allah yang mengamati perbualan ibu tersebut dengan Nabi, lalu datang menghampiri si ibu. Dia bertanya, "Apakah yang dikatakan orang itu kepadamu?"
"Dia seenaknya menyuruhku bersabar!" jawab si ibu.
"Lalu apa yang engkau katakan padanya?"
"Aku katakan bahawa dia boleh berkata demikian kerana yang mati bukan anaknya!"
"Mengapa engkau berkata begitu kepada Nabi?"
"Astaghfirullah...aku telah khilaf....," kata si ibu itu tersentak.

Ibu itu seketika menjadi menyesal memberikan jawapan yang tidak layak. Setelah tenang kembali, dia pun segera mencari dan menghadap Nabi. Kepada Nabi dia berkata,"Maafkan saya wahai Rasulullah kerana saya telah berlaku tidak sopan kepadamu. Tetapi sesungguhnya pada waktu itu saya benar2 dalam keadaan terpukul kerana kematian anak. Kini saya telah menjadi tenang dan saya akan bersabar."

Nabi pun kemudian bersabda, "ItalicKetahuilah wahai ibu, bahawa inti kesabaran adalah pada pukulan pertama." (yang bermaksud seseorang itu dituntut untuk bersabar justeru pada saat dia pertama kali mendapat musibah).

Begitulah hakikat kesabaran yang diajar oleh junjungan kita Nabi s.a.w.
Dipetik dari buku : Air Mata Suci Nabi

No comments:

Post a Comment