Tuesday, October 6, 2009

Tok Raja .....


Tak tau lah kenapa tapi semenjak dua menjak ni hati selalu rasa rindu kat Mak di kampung . Rasa belas kat Mak yang dah tua tapi masih menggagahkan diri menjaga cucu-cucu kesayangannya. Kesian Mak. Allah tu maha berKuasa, maha Pengasih lagi maha Penyayang. Dikala ramai sahabat2 Mak yang dah kembali kepada Rabbnya, Mak masih dipanjangkan usia. Allah saja yang maha Mengetahui akan apa yang ditentukanNya.

Pernah saya dengar dari seorang penceramah yang mengatakan apa saja perbuatan baik atau buruk kita terhadap kedua ibubapa kita akan dibalas oleh Allah didunia lagi. Allah tak tunggu untuk membalas perbuatan kita diakhirat tapi didunia lagi kita akan mendapatnya. Baru saja tadi kawan saya Iza bercerita kepada saya tentang seorang ahli keluarganya yang dalam kesusahan. “Kesian” kata saya. “Kak Julie….” sampuk Iza sebelum sempat saya berkata panjang, “Kak Julie tak tau perangai dia. Dari waktu dia anak dara lagi perangai dia pada Mak dan adik2 macam tu. Hah, sekarang ni, ini lah balasan Allah pada dia!” Terkedu saya mendengarnya. Bukan nak dengar sangat keaiban orang, takut Allah buka keaiban kita pula, tapi setakat mendengar keluhan seorang sahabat. Saya banyak beristighfar ketika mendengar….

Nasihat saya, sayangi dan kasihanilah insan yang anda kenali dengan nama Mak, Ibu, Umi, Mama, Mummy …. Yakinlah yang Allah akan meluaskan pintu rezeki dan memberkati hidup anda sekiranya anda berjasa pada ibubapa anda, tapi make sure hati anda ikhlas kerana Allah maha Mengetahui.

Firman Allah swt yang bermaksud “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan (ha), dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah Al-Israa’: 23)

No comments:

Post a Comment