Sunday, October 11, 2009

Buat anda dan juga saya....

Gambar hiasan

Sabarlah……. Selalunya itulah kata nasihat yang paling mampu diberikan kepada mereka yang ditimpa ujian Allah. Walaupun sebenarnya untuk mempraktikkan sabar perlu ada kekuatan dan ianya bukan semudah dituturkan. Oleh sebab itu lah dipenghujung kesabaran itu pasti ada berita gembira dari Allah. Allah menjanjikan ganjaran yang tak dapat kita gambarkan hasil dari kesabaran kita. Maka bersabar dan teruslah berdoa kerana sesungguhnya kita tidak bisa merubah seseorang kerana itu hanya kemampuan Allah s.w.t.

Solat 'tiang' agama

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286)
Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

4 comments:

  1. Itu selalu berlaku kat kite Aunty Ju..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya aunty kagum dgn julia. Dari blog julia, aunty simpulkan julia memang byk bersabar...alhamdulillah, mudah2an julia terus bersabar dan insyaAllah aunty juga akan doakan kebahagian julia dan family. Jgn putus asa dgn rahmat Allah. Yg penting kita terus berdoa, berdoa dan berdoa. InsyaAllah, Tuhan maha Mengasihani akan hambaNya yg berdoa dengan penuh harap dan ikhlas....

    ReplyDelete
  3. tu lah aunty ju..kite mmg banyak bersabar dgn karenah abg is dan edi tp ada juga kite hlg sabar tp bila tgk muka edi tak jadi la nak buat benda gila or bodoh. Bila tak tahan lagi apa lagi kite nak buat melainkan menangis and mengucap,lepas tu berdoa minta diberi kekuatan utk hadapi perasaan mcm tu.

    Btw,kite dah update blog edi.

    ReplyDelete
  4. Bila kita ada masalah, cubalah ingat yang ada orang yang lebih besar masalahnya. Aunty ada kawan yang rumahtangga dah macam 'telur di hujung tanduk' tapi berkat kesabaran seorang isteri, rumahtangga dorang selamat dan sekarang nampaknya rezki mereka tak putus2. Satu perkara penting, bila kita gaduh, jgn sekali-kali mengungkit tentang perkara lama, tentang apa yg kita pernah bantu atau tentang duit, sebab bukan jer itu mengerohkan keadaan, tapi pahala kita pun 'hangus' sama. Wualahu'alam. Elok benar kalau Julia & family stay in KL..

    ReplyDelete