Wednesday, August 12, 2009

DEMAM



Seminggu, dua yang lepas amat meletihkan. Apa ker tidaknya, dari keletihan bekerja di pejabat hinggalah keletihan kerana DEMAM !! Tiga hari saya dapat MC melayan sakit2 badan, batuk, selsema dan sakit kepala. Kata orang, kita ni kalau dalam setahun tak dapat DEMAM langsung maknanye kita tak normal. Ada jugak ustaz yang kata orang gila tak kena selsema. Maknanye korang mesti selsema, kalau tak ini bermakna korang adalah orang gila!! Tapi ini fakta benar ye, so jangan gelak2. Cuba ingat bila last korang selsema??

Berbalik pada kisah saya dan DEMAM…. Selalunya kalau DEMAM apa yang biasa saya lakukan, makan ubat dan tidur sampailah badan tu kebah mengeluarkan peluh. Bila bangun kita akan rasa panas badan tu akan mula berkurangan. Masuk hari ke2, insyaAllah, selera makan pun dah back to normal.

Tapi DEMAM yang saya alami tempohari lain sama sekali. Untuk hari pertama tu jer saya makan ubat dan tidur. Masuk hari ke2 dan seterusnye, tak boleh tidur!! Rugi tu cuti tapi tak tidur. Tapi tulah hakikatnya, mata ni lena sekejap jek pastu terjaga. Saya paksa tutup mata dan cuba tidur tapi hampeh belaka. Malam pun macam tu gak….frust betullah. Itulah kita ni hidup jangan sekali2 cakap besar. Sehari dua sebelum DEMAM tu saya cakap dengan Zue, “akak ni memang senang tidur. Letak kepala jek tidur tak kira siang atau malam”. Ha tulah, cakap besau lagi. Kena DEMAM langsung takleh tidur. Heran! Badan pulak sakit2. Kalau nak rukuk tu, astaghfirullah, sakitnye, so kena gerak pelan2.

Hari ke 5 barulah saya pulih dari DEMAM tapi masih batuk sampai hari ni dan anak saya Fara adalah penyambung kepada penyakit ni. Hari ni hari yang ke 4 dia demam. Anyway, alhamdulillah demam dan selsemanya dah kurang.




2 comments:

  1. Tapi skarang dah baik ni mungkin "Letak kepala jek tidur"....hehe marila kite tido berjemaahhhhhhh

    ReplyDelete
  2. hehehe, baru sat tadi saya tido kan zue? Tak sampai 10 minit pun boleh tido! Sebenarnya, waktu demam hari tu takde selera nak makan so perut kosong. Bila perut kosong takleh tido! Dah sihat alhamdulillah, selera den kembali normal so tabiat buruk tido pun kembali normal gak lah!! Hehe huhu

    ReplyDelete