Sunday, August 23, 2009

Bangunlah....sahur!


Kring! Kring! Kring! Bangun, bangun, sahur!!

Entah kenapalah tahun ni, 2 hari pertama bangun sahur terlewat.. hari pertama terjaga jam 5:30 pagi dan hari ke dua jam 5:44 pagi. Menggelabah saya dibuatnya. Kalau saya sorang jer yang puasa, insyaAllah tak jadik hal sebab air masak dan kurma dah memadai, tapi ni bulan puasa, sumer orang puasa! Kesian kat anak2 kalau tak bersahur. Tapi saya selalu ingatkan anak2 saya, bukan makanan yang buat kita rasa kenyang dan bukan air yang buat kita hilang dahaga, tapi sumernya dengan izin Allah swt. Seperti jugak penyakit..Allah yang beri.

Tapi budak2kan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, diaorang tak ambik pusing apa yang kita cakap ni. Tapi kita tak boleh putus asa, kita kena gak ingat2kan dorang nih. Saya masih ingat nasihat Mak Nya (auntie pada hubby saya). Mak Nya kata kita kena rajin ingatkan anak2 ni dengan berpesan2 selalu sebab dorang ni selalu lupa. Thanks Mak Nya, that is a very good advice I got from you.

Berbalik pada citer saya lewat sahur tadi, entah kenapalah agaknya saya tidak 'dijagakan' seperti yang saya rancangkan. Aik, lupa ker? Kitakan hanya merancang, Allah yang menentukan. Ya, itulah jawapannya. So pagi tu kami cuma sahur dengan air Vico ais yang anak saya, Shafiq, sediakan sebelum tidur malam tu.

Rasulullah bersabda :“Sahur adalah makanan yang barakah, janganlah kalian tinggalkan walaupun hanya meminum seteguk air karena Allah dan malaikat-Nya memberi shalawat kepada orang yang sahur” (HR Ibnu Abi Syaibah, Ahmad dari tiga jalan dari Abu Said Al Khudri. Sebagiannya menguatkan yang lain)

Semalam 2 Ramadhan, kami berbuka di rumah mak mertua saya di Pandan Indah. Seronok sebab ipar2 serta famili mereka pun ada. Makanan terlalu banyak hingga tak muat meja, astaghfirullah. Saya makan sikit je. Cukup. Alhamdulillah.

Kami pulang awal dari Pandan Indah, lebihkurang jam 11:45 mlm. Sebelum tidur, saya pasang 4 alarm (dari 4 handphone:- hp saya, hubby dan anak2) dengan harapan dapat bangun awal. Alhamdulillah pagi tadi saya 'dijagakan' jam 4:15 pagi so sempatlah saya sediakan juadah sahur yang ala2 kadar saja!!

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat. Amalan sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani"
Seronoknya berpuasa!

No comments:

Post a Comment