Monday, August 17, 2009

Salam Ramadhan



Salam Ramadhan untuk seluruh umat Islam.

Ramadhan akan datang menjengah lagi. Bagi kami sekeluarga, Ramadhan sangat dinanti2kan. Setiap kali Ramadhan, kami sekeluarga akan ‘berkampung’ (tidur) di ruang tamu rumah teres 2 tingkat kami. Kenapa? Supaya senang saya mengejut anak2 dan juga suami saya untuk bangun sahur! Menjadi kebiasaan saya akan bangun jam 4:30 pagi untuk menyediakan juadah simple untuk sahur. Walaupun simple like ayam goreng sambal tapi still saya mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Maklumlah, saya tak pandai memasak. Nak tau tak? Sewaktu saya sibuk memasak, selalu kedengaran suara anjing sayup2 menyalak. Kekadang seram gak tapi mana ada hantu-setan bulan Ramadhan!! Tapi kenapa anjing2 tu menyalak ek?

Siang hari dibulan Ramadhan begitu tenang, tapi selepas waktu berbuka, mulalah kami mengejar masa. Selepas solat Isyak, kami bergegas ke surau untuk solat Terawih. Terawih di surau kami hanya 8 rakaat plus 3 rakaat witir. Diikuti pula dengan tazkirah oleh penceramah2 jemputan. Selepas tazkirah kami dijamu dengan sesi morey yang disediakan secara bergilir2 oleh penduduk kawasan perumahan kami. Selalunya saya dan anak2 pulang jam 11:00 – 11:30 malam. Suami saya belum habis tugas lagi sebab beliau akan tolong mengemas. Tahun ni suami akan menyertai Tadarus Al Quran. Alhamdulillah.

So saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan 1430 Hijriah. Harapan saya agar saudara2ku bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja ye tapi juga menahan diri dari melakukan segala kemungkaran and cubalah tingkatkan amal ibadah dibulan yang mulia ni. Ambil kesempatan ni, jangan jadi mereka yang didalam kerugian. Masa untuk menggantikan puasa yang tertinggal pada tahun2 yang lepas telah hampir luput, so kenalah bayar fidyah lepas ni ye. Pesan saya jangan ditangguh2kan mengganti puasa sebab tanpa kita sedari fidyah kita bertambah berganda2!!

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!
Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment