Wednesday, September 2, 2009

Balik Kota Tinggi

Signboard ke Kota Tinggi tak dapat amik sebab waktu tu saya yg drive

Sempena cuti panjang hujung minggu tempohari, saya, abang dan kakak saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampong di Kota Tinggi. Sepanjang perjalanan kami cuma berhenti di R&R Machap untuk membeli kerepek2.


Tak taulah, tapi bak pepatah melayu “tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain!”. Saya membesar di Kota Tinggi. So, setiba kami di jambatan Kota Tinggi, perasaan seronok dan sayu tu mula terasa. Hilang rasa penat.

Petang tu kami ke Bazar Ramadhan. Berbagai2 juadah boleh didapati dan yang paling best, YONG TAUFU kuah SUP kegemaran saya banyak dijual. Tapi saya tak beli hari tu sebab Mak dah masak banyak lauk. So saya fikir esok je lah beli. Waktu berbuka di Kota Tinggi pada jam 7:11 pm. Seronok sangat dapat berbuka dengan my Mom, brothers, sisters, nephews and nieces. Ramai!!


Yong Taufu Sup... Ermmm, yummy!

As planned, the next day saya bawa my nieces ke Bandar Kota Tinggi untuk beli baju raya. Sponsor besar dari my sister Abai (thank you semoga dimurahkan rezeki awak ye!) Belum selesai shopping, tetiba baru saya perasan jam dah menunjukkan pukul 7:00 ptg. Alamak! Dah nak buka!!! Yong Taufu kegemaranku belum beli lagi….

Abai

Fara (my daughter) and Nurul (my niece)

So bergegaslah kami ke Bazar Ramadhan. Sebaik kami park kereta, kami dah boleh nampak peniaga2 sibuk mengemas. Alahai betulpun tekaan saya, memang tak ada rezeki saya …. gerai yang jual yong taufu sumer dah tutup. Frust betul sebab dah lama, lama, lama sangat saya mengidam. Kata anak saya, “Takpelah mama, mesti ada hikmahnya”. Betul tu Fara. Thank you for reminding me.

No comments:

Post a Comment