Sunday, September 13, 2009

Tak lama lagi dah nak raya!!

Macam tak percaya jek. Rasa macam baru seminggu puasa tapi hakikatnya lagi seminggu lagi kita dah nak menyambut hari raya puasa. Begitu cepat masa berlalu. Masa dah tak menunggu kita lagi. Kita pulak yang ‘cerdik’ ni tak pulak mengejar masa untuk kebaikan dunia & akhirat. Ruginya kita..

Persiapan raya kami? Ooh, ala kadar saja. Baju & kasut raya untuk anak2 dah pun kami beli seminggu sebelum puasa. Ya, memang itu praktis kami setiap tahun agar tak menyusahkan anak2 yang letih berpuasa untuk pergi bershopping dibulan Ramadhan. Ditambah pulak saya tak begitu minat shopping dan hubby saya tak suka crowded places. So jalan terbaik, sediakan sebelum puasa.

Bird's eye view Jalan Tunku Abdul Rahman

Sesak!! .............Ni yang kami nak elakkan ni.

Pastu kami tunjuk2 jek kueh2 raya (belilah tu maknenya). Alah, beli 2, 3 jenis jek, jangan takde langsung orang kata. Tak kan lak nak jamu air bujang kalau tamu dtg umah. Kena gossip lak nanti.

Kerusi raya, langsir raya, sports ream raya (bunga raya.. hehehe) sumer tak masuk list. Pendek kata 'rumah' kami tak beraya sebab takde pun tukar2 barang baru!

Dan kalau nak berbuka puasa ngan family or frenz, sumernya dirancang dan dipenuhi pada minggu pertama dan kedua sebab 10 malam terakhir Ramadhan biasanya kami tak kemana2pun sebab lebih kepada aktiviti di Surau Nur Ikhwan.

Kalau ditanya perasaan saya bila raya dah nak dekat ni, saya akan katakan GEMBIRA sebab cuti dan dapat berjumpa family dan sanak saudara TAPI saya lebih rasa SEDIH dan SAYU sebab Ramadhan akan pergi meninggalkan kami. Peluang yang Allah berikan pada hamba2nya untuk mencari seberapa banyak pahala yang dilipatgandakan pada bulan yang penuh barakah tu akan berakhir dengan perginya Ramadhan dan samada kita akan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun akan datang bergantung kpd rahmat kasih sayang Allah swt semata2. Sentiasalah berdoa agar kita bertemu Ramadhan tahun depan, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment