Saturday, September 26, 2009

Citer pasal raya eh?

Apa nak citer pasal raya nih? Bacalah blog anak2 eddie for our raya updates.

Bagi saya, hari raya menandakan perginya ramadhan, bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan Allah swt. Keseronokan syawal melupakan kita yang pintu2 neraka telah dibuka semula, syaitan2 sudah terlepas. Sebenarnya syaitan2 lebih seronok agaknya dengan kehadiran syawal sebab akan menyambung misi menyesatkan anak adam. Tapi kita masih leka dan lalai merebut keseronokan duniawi.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 183
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana Diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Jelas diwajibkan keatas kita berpuasa sebagai proses membentuk diri kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa... Maka selepas sebulan belajar di "madrasah" ramadhan, kita tanya diri sendiri apakah "pencapaian" kita dan samada kita adalah dikalangan mereka yang untung atau mereka yang rugi?

No comments:

Post a Comment