Tuesday, March 2, 2010

Sakaratul Maut

Last week anak kepada kawan sepejabat saya kena chicken pox. Berceritalah kami tentang pengalaman masing2 hingga melalut-lalut kepada cerita tentang ayah masing2 yang telah pulang ke rahmahtullah.

Kata kawan saya, disaat-saat arwah ayahnya hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir, arwah menggenggam tangan kawan saya yang ketika itu berada disisi arwah. Genggamannya begitu kuat sekali sehinggakan terasa kuku2 arwah mencengkam tangan kawan saya. Kerana tak tertahan, kawan saya merintih kesakitan. Walhal kawan saya ni besar orangnya namun dia masih tak boleh menahan sakit dari genggaman arwah. Cuba dilepaskan tapi tak terdaya sehinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir . Innalilahi wainnailaihi rajiun.

"Sakitnya kak tangan saya, tak tahan." kata kawan saya. "Agaknya waktu tu sakaratul maut tengah tarik keluar roh arwah. Arwah tu orang yang alim kak, tak pernah tinggal solat tapi nampak macam arwah tengah menahan sakit yang amat ketika tu sampai dia genggam kuat tangan saya " sambungnya lagi dengan penuh perasaan.

Terdiam saya mendengarnya kerana takut. Itu orang yang alim. Saya yang banyak dosa ni macam mana? Nauzubillah, takut nak fikirkan. Bertaubat dan banyak2lah berdoa padaNya.

No comments:

Post a Comment